Antara Tanggungjawab

bithday

Insha’Allah,bermula sabtu ni (7 Disember 2013) klinik Darussyifa Shah Alam akan menambahkan masa rawatannya dari sekali seminggu kepada dua kali seminggu..

Sabtu : 2.30 petang hingga 5.00 petang…selepas maghribnya akan dibuat majlis bacaan surah Yasin dan zikir..

Ahad : 9.00 pagi hingga 5.00 petang …

Ya…tidak dinafikan..

memang pada meeting yang lepas,saya dah bagi kesanggupan untuk berada di Darussyifa Shah Alam setiap Sabtu petang..

tetapi itu dulu…

sekarang ni…

anak sulung saya,setiap hari dari bulan lepas rutin hariannya sebelum tidur setiap malam,tengok kalendar dan tanya,Abi,hari jadi kakak lambat lagi ke?

saya tau..dia amat menginginkan sambutan hari jadinya seperti yang dia dengar dari kawan2 dia yang lain..nak potong kek,nak hadiah banyak dan sebagainya..

tetapi…di saat2 nak menjelangnya 7 disember,memang saya dah niat nak meluangkan masa bersama2 dengan anak sulung semata2 nak menggembirakannya,di saat itulah dapat sms bahawa hari sabtu ini tiada perawat lelaki yang akan berada di Darussyifa Shah Alam..

Pointnya,

Antara tanggungjawab sebagai bapa dan sebagai perawat…itu pun kita berada di dalam dilema..

tetapi ada tanggungjawab kita yang lebih besar iaitu tanggungjawab kita sebagai hamba Allah,yang mana kita sebagai manusia dan jin telah diciptakan tidak lain dan tidak bukan adalah hanya untuk beribadat…

Sesi muhasabahnya,

dalam kehidupan seharian kita,apakah kita menjalankan tanggungjawab kita sebagai manusia yg diciptakan untuk beribadat?

adakah amalan kebaikan yang kita lakukan melebihi maksiat atau maksiat kita melebihi amalan kebaikan kita…

berapa ramai manusia yang terlepas pandang..tidak kira lelaki atau perempuan..sering melakukan dosa2 kecil dan nauzubillah melakukan dosa besar tetapi tidak pernah bertaubat..sedangkan Rasulullah SAW yang tidak ada dosa pun diceritakan sentiasa beristigfar 70kali sehari semata2 menunjukkan kelangsungan sebagai hamba Allah yang diciptakan untuk beribadat…

tetapi kita…

pokok pangkalnya,selagi Allah Taala memberi kita nikmat umur ini,marilah sama2 kita menggunakan akal fikiran untuk memimpin hawa nafsu bagi menepati apa tujuan Allah menciptakan kita sebagai khalifah di muka bumi ini.

> iaitu UNTUK BERIBADAT..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s