Bagaimana nak mendapat bantuan Allah?

Assalamualaikum WBT…

First,saya nak tegaskan kat sini,coretan ringkas saya ini bukannya nak tunjuk riak tapi adalah untuk menjadi pedoman buat semua yang masih lalai dari mentaati Allah..sebab kadang2 kebaikan perlu dinyatakan untuk dijadikan pedoman kepada orang lain..

dan sentiasalah berdoa supaya Allah jaga kita dari sifat riak,ujub dan takbur…tanamkankan dalam pemikiran kita,

AKU HANYA INSAN YANG LEMAH DAN TIDAK MEMPUNYAI APA-APA.

Hari ni,12 September 2013…

sudah 1 tahun 2 bulan berlalu..itulah usia anak ketiga saya…Nur Maryam Nusaibah..

dan sepanjang masa inilah saya sudah tiada uniform kerja,tiada pejabat dan tiada penyata kwsp…

Yang ada hanyalah,usaha dan tawakkal kepada Allah sepenuhnya..

Alhamdulillah,ketika mana di saat2 saya menghadapi sedikit kerumitan hidup,dengan income yang tidak menentu dan pendapatan mata kasar suami isteri tidak sampai RM1300 sebulan,ketika itulah bantuan Allah datang sehingga sentiasa mencukupkan perbelanjaan bulanan tetap saya yg terpaksa membayar ansuran rumah RM667,alza RM730,mengasuh anak RM300,persekolahan anak RM120,bil unify RM180 dan lain-lain..

Bagaimana nak mendapat bantuan Allah?

ada beberapa perkara yang saya lakukan hasil dari saya menadah telinga mendengar majlis2 ilmu dan menjadi amalan saya..

Sebelum Ditimpa kesusahan

1)Melazimkan bersedekah.

Dalil Quran,

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.

(Al-Baqarah 2:261)

bersedekah bukannya semestinya bersedekah wang ringgit tetapi banyak perkara yg boleh disedekahkan…antaranya,sedekahkan masa,tenaga dan untuk membantu orang2 yang dalam kesusahan…

2)Pastikan membaca surah al-Waqiah sebelum tidur setiap malam..Rasulullah SAW bersabda:Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada.“Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”

3)WAJIBKAN kita supaya membaca al-quran setiap hari.meskipun zaman kanak2 dulu dah khatam al-Quran mengikut adat Melayu,tapi buangkan adat itu…sebab jika masih menebal sentimen,aku dulu dah khatam quran masa kanak2 dulu akan menyebabkan kita malas baca quran..Bacalah quran dan fahamilah maknanya dan mintalah dengan Allah supaya bacaan kita ini akan diterima dan semoga al-quran ini lah yg akan menjadi peneman kita di alam barzakh.

4)Lazimkan solat hajat dan solat dhuha.Antara doa yang saya sentiasa bermain di bibir saya,

Ya Allah,janganlah DIKAU miskinkan aku supaya aku tidak tersesat dari mentaati-MU.

Ya Allah,janganlah DIKAU terlalu memewahkan aku supaya aku tidak terlupa pada-MU lantaran kemewahan itu.

Ya Allah,sesungguhnya aku hanya menjaga amanah2 mu ini (isteri&anak) dan aku tahu aku tidak mampu memberi kemewahan kepada mereka tetapi DIKAU lah Yang Maha Mencukupkan ke atas segala2nya..

Semasa Ditimpa kesusahan atau menerima ujian hidup

Jangan mengeluh dan jangan sesekali mengadu pada orang lain atau facebook..buatlah pengaduan terus kepada Allah Taala dan mintalah bantuan Allah Taala dengan memperbanyakkan lagi amalan sedekah dan solat hajat.

sejak dulu sampai sekarang dan insya’Allah hingga akhir hayat,saya meyakini akan dua firman Allah iaitu

Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.

(surah Muhammad,ayat 7)

dan 

dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

(surah at-Talaaq,ayat 2-3)

KESIMPULAN

Syukur Alhamdulillah…dengan amalan2 yang saya lakukan di atas,dah setahun 2 bulan walaupun saya tidak mempunyai majikan yang tetap,Allah sentiasa mencukupkan rezeki untuk saya dan keluarga.

Yang penting,kena letakkan segala pergantungan harapan kepada Allah Taala dan bukannya sesama makhluk.jangan sesekali terpengaruh dengan kata2 pemerintah yang mengatakan hanya dengan barisan kerajaan UMNO lah yg dapat menjamin kestabilan politik,kesejahteraan rakyat dan kemewahan.itulah salah satu kesyirikan yang besar sebab dia telah melabelkan dia yang berkuasa…

Dan…iktikadkan,MAJIKAN AKU HANYA ALLAH TAALA…DIA YANG MAHA MEMBERI REZEKI…

insya’Allah,bantuan Allah akan sampai dalam pelbagai cara selagi mana kita mentaati segala perintah Allah meninggalkan larangan Allah Taala

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s