Masjid Rahman di Awal Tahun Masihi

Catatan 01.01.2012
Masjid ini telah mencatat sejarah tersendiri sebab kuliah yg diaturkan sebelum ini terpaksa dibuat di bahagian belakang.

Firman Allah Taala dalam surah At-Taubah ayat 18 dah jelas menerangkan siapa yang berhak menguruskan masjid.

Ini dia,terjemahan ayat yang dinyatakan,
Hanyalah yang memakmurkan mesjid-mesjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapa pun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.

Catatan 02.01.2012
Insya’Allah, hasil meeting selepas selesai solat Isya tadi nampak ada sedikit jalan penyelesaian atas kemelut yang timbul di masjid ini…jalan yang mana seperti Allah Taala akan membantu hamba2nya sebagaimana Allah Taala membantu dalam permulaan perjuangan Islam dalam Perang Badar…tugas kita sekarang ialah,solat hajat,qunut nazilah,minta supaya majlis ilmu yg telah dibuat sejak tahun 1973 daapat diteruskan tanpa ada gangguan mana2 pihak..

Catatan 03.01.2012
Alhamdulillah,kuliah Maghrib mengikut jadual yang sedia ada.Sebabnya penceramah jemputan puak2 sana,tak nak datang…Alhamdulillah,sedikit kemenangan moral..

Catatan 04.01.2012
Insya’Allah,malam ni kuliah Maghrib akan disampaikan oleh Ustaz Asmuei Shamsuddin walaupun puak2 sana pun ada menjemput penceramah…Semoga Allah Taala mengizinkan kuliah Maghrib yang telah disusun berjalan seperti biasa tanpa gangguan. update jam 2petang

Syukur,Alhamdulillah..Kuliah Ustaz Asmuei Shamsuddin berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.
Sesungguhnya Allah Taala akan menolong hamba-hambaNYA yang berjuang mempertahankan majlis2 ilmu ini sebagaimana Allah Taala menolong orang2 Islam dalam peperangan Badar..Antara pertolongan Allah Taala ialah melembutkan hati kedua belah pihak walaupun masing2 mempunyai prinsip dalam mempertahan dasar2 kepartian masing2.lepas ni dah tak payah berbalah atau bertekak sebab kesepakatan telah dibuat antara kedua2 pihak.
So,malam ni (05.01.2011)kepada sesiapa nak membaca Yasin anjuran puak sana,bolehlah pergi ke Masjid Rahman.
Malam ni memang tak ada kuliah…dan akan antara kesepakatannya ialah memberi ruang sebulan sekali untuk puak sana mengadakan majlis membaca Yasin.
Dengan ini,saya menutup catatan Masjid Rahman dengan sekelumit kemenangan dalam mempertahanan majlis2 ilmu yang sekian lama bertapak di sini.
Tidak ada gunanya menang didunia tetapi kalah di akhirat…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s