‘Disedarkan’ oleh kisah Nabi Ibrahim

Oleh ZUARIDA MOHYIN
Gambar HAYAT SUEET

KISAH kecerdikan dan keberanian Nabi Ibrahim menghancurkan satu persatu patung-patung berhala raja Namrud dan meninggalkan patung yang paling besar sambil memegang kapak memang luar biasa.

Muslihat yang direncanakan oleh Nabi Ibrahim itu menimbulkan kemarahan Namrud. Lalu dia bertanyakan kepada Nabi Ibrahim. Ibrahim dengan cerdiknya menjawab: “Tanyakan saja pada berhala yang paling besar itu, barangkali dia yang menghancurkan patung-patung yang kecil itu.”

Mendengar jawapan Nabi Ibrahim, Namrud terdiam sambil memendam amarahnya. Bagaimana mungkin patung bisa berbicara. Jadi tidak mungkin dia akan menanyakan kepada patung itu.

Apa yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim itu adalah demi membuktikan kekuasaan Allah SWT berbanding patung-patung berhala yang tidak mampu melakukan apa-apa.

Bagi kalangan anak-anak Islam, kisah yang penuh pengajaran itu sering diceritakan dan diperdengarkan kepada mereka.

Tetapi, siapa sangka ia juga turut terpahat dalam kotak fikiran, sekali gus menyedar dan menyentuh hati kecil Muhammad Farhan Tee Abdullah yang ketika itu masih di sekolah rendah.

Malah, kisah tersebut yang diceritakan oleh seorang ustaz di sekolah, menguatkan keyakinannya bahawa patung-patung berhala tidak membawa manfaat kepada manusia.

Muhammad Farhan yang kini merupakan Pegawai Dakwah dan Penyelidikan di Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) berkata, minatnya kepada Islam bermula lebih awal. Ia semakin serius pada usia 10 tahun menerusi pergaulan dengan kawan-kawan sekampung.

Apatah lagi keluarga mereka adalah satu-satunya keluarga Cina yang tinggal di perkampungan Melayu yang majoritinya berketurunan Jawa.

“Pada masa itu, saya ada mengikuti kelas Bahasa Arab pada sebelah petang di sekolah bersama kawan-kawan beragama Islam yang lain. Sayangnya, ia hanya diikuti selama beberapa minggu sahaja, sebelum ayah melarang sebaik dia mengetahuinya.

“Walaupun begitu, saya masih mengikuti kelas pengajian agama secara sembunyi-sembunyi walaupun kelas tersebut tidak wajib diikuti bagi pelajar bukan Islam,” kata anak kepada pemilik kedai runcit itu.

Boleh dikatakan keseluruhan hidup Muhammad Farhan, 26, dikelilingi oleh masyarakat Melayu, sehinggakan dia lebih petah dan selesa berbahasa Melayu, sama ada di sekolah mahupun di rumah. Dia pernah ditegur oleh ibu bapanya kerana enggan menggunakan bahasa ibunda mereka.

Kemesraan dan keakraban anak muda itu dengan Islam dan budaya masyarakat Melayu terbukti dengan kebolehan Muhammad Farhan menghafaz surah al-Fatihah.

Malah minat yang telah terpupuk semenjak di sekolah rendah itu semakin bersemarak ketika di sekolah menengah.

Lantas itu, semasa di tingkatan empat dan lima, Muhammad Farhan mengambil Tasauf Islam kerana diberitahu bahawa ia adalah mata pelajaran asas mengenai Islam dan tidak melibatkan wahyu Allah serta penulisan al-Quran.

Sehinggalah semakin menghampiri peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Muhammad Farhan dipelawa menjadi anak angkat oleh seorang guru di sekolahnya.

Sejak sekolah rendah sehinggalah sekolah menengah, pergaulannya memang di kalangan pelajar Melayu dan kawan-kawan yang berlatarbelakang pendidikan agama yang baik.

“Alhamdulillah, mereka banyak membantu dan ini jugalah salah satu faktor yang membawa saya kepada Islam.

“Terlintas juga di hati bahawa ini mungkin satu bentuk hidayah Allah di mana saya tidak terjebak dengan kawan-kawan yang sentiasa lara atau leka dengan perkara-perkara negatif.

“Yang menjadikan saya seorang pemilih mungkin disebabkan selepas kematian ayah, kami adik-beradik yang seramai enam orang telah dijaga oleh bapa saudara.

“Memandangkan dia seorang yang agak berdisiplin, tegas dan dikenali ramai di kampung tersebut, secara tidak langsung membuatkan saya lebih berhati-hati dengan siapa saya bercampur dan berkawan,” jelasnya.

Malah akui anak kelima itu, pelawaan untuk dia bergelar Muslim, memang terlalu banyak.

Namun, ketika itu dia merasakan belum bersedia atau belum sampai seru. Lagipun, dia masih di bawah penjagaan orang tua.

Jadi, Muhammad Farhan merasakan belum masanya untuk dia memeluk Islam. Sehinggalah selepas menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

“Waktu itu saya kerja sementara di kilang. Daripada situ barulah saya melihat realiti kehidupan. Saya amat kecewa apabila melihat ramai orang Islam tidak solat, sedangkan menerusi pergaulan saya sebelum ini, saya dikelilingi mereka yang baik-baik.

“Melihat keadaan itu, wujud pemberontakan dalaman sehinggalah datang satu lintasan gambaran, wajah seorang imam yang pernah saya kenali cuma tidak pernah berbual dengannya.

“Daripada situ, saya macam tersedar dan berhasrat untuk mencari Imam Haji Ismaun. Apabila saya temui beliau, saya luahkan hasrat hati untuk belajar ilmu agama dengannya secara mendalam,” tambah beliau.

Muhammad Farhan berkata, pada masa itu, beliau bertekad untuk memeluk Islam pada usia 21 tahun.

“Bagaimanapun, baru seminggu belajar, ustaz menyarankan telah sampai waktunya untuk saya memeluk Islam,” katanya yang menjadi serba salah tatkala diminta membuat pengislaman.

Setelah tiga hari berfikir, pada 24 Mei 2005, Muhammad Farhan mengucap syahadah di Pejabat Agama Islam Kampung Gajah dengan Imam Ismaun sebagai saksi.

Kemudian mendaftar secara rasmi di Jabatan Agama Islam Perak di Ipoh. Umurnya ketika itu 20 tahun satu bulan sebelum menerima tawaran melanjutkan pengajian di Universiti Utara Malaysia di Sintok, Kedah.

Seperkara luar biasa yang dialami oleh Muhammad Farhan sebaik bergelar Muslim, dia seperti mendapat ketenangan dalaman dan keseronokan dalam kehidupan kerana ada arah tujuan dan hala tuju.

Kalau sebelum Islam, katanya, hidup terasa kosong walaupun pada ketika diri sudah mengetahui tentang Islam.

Di samping itu, konsep ketuhanan dalam Islam telah disedari dan diakui Muhammad Farhan menjadi tarikan kuat yang mengikatnya kepada agama Islam.

Hidayah itu ditemui sejak kecil. Lebih-lebih lagi dia tidak pernah teringin menyembah Tuhan nenek moyangnya.

“Selain konsep ketuhanan, Islam adalah agama yang cukup lengkap. Ia merangkumi pelbagai aspek dalam kehidupan berbanding dengan fahaman-fahaman atau ajaran agama yang lain.

“Islam ada sistem sosial, politik, ekonomi, perkahwinan, kekeluargaan, hal-hal selepas kematian, akhirat, syurga, neraka dan banyak lagi,” katanya.

Muhammad Farhan berkata, sembahyang adalah tanda terima kasih manusia kepada Tuhan.

“Perbuatan sujud pula, menunjukkan kehebatan Islam sehingga umatnya boleh bersujud kepada Allah.

“Sehingga masuk ke tingkatan enam, gambaran dan pemerhatian saya tentang Islam bertambah luas, apatah lagi saya tinggal berjauhan daripada keluarga,” jelasnya.

Buku Muhammad ubah hidup Davis

Susunan SITI AINIZA KAMSARI
 

MUSTAFA Davis (kiri) bersama Khadim (tengah) dan Usama Canon yang kembali bertemu dalam ikatan persaudaraan Islam yang murni baru-baru ini.

 

 


PERTEMUAN dua sahabat, iaitu Mustafa Davis dengan Usama Canon hampir 15 tahun dahulu bukan sekadar satu kebetulan. Ia lebih kepada suratan ilahi yang akhirnya membawa kedua-dua memeluk Islam melalui satu catatan perjalanan yang agak menarik.

Bermula dengan Davis yang menegur Canon ketika mereka mengikuti kelas Bahasa Sepanyol dan duduk pula bersebelahan menyebabkan mereka akhirnya menjadi kawan akrab.

Lebih-lebih lagi kedua-duanya berkongsi minat yang sama dalam bidang muzik dan budaya.

Mereka sering bermain piano di kampus berjam-jam lamanya yang diselang-seli dengan perbincangan terutamanya dalam soal-soal kepercayaan dan spiritual.

Sehinggalah pada suatu hari Davis perlu meminta pendapat Canon mengenai hasratnya untuk kembali ke jalan kehidupan yang benar. Kala itu, Davis tinggal seorang diri di San Jose. Pada sebelah malam dia bekerja sementara, siang ke kuliah.

“Saya merasakan kehidupan masa lalu sering menjadi beban dan selalu menghantui hidup.

“Saya beritahu Canon saya sedang mempertimbangkan untuk kembali pada Katholik, untuk memperbaiki hidup,” katanya.

Namun Canon bertanya sama ada sahabatnya itu pernah mendengar dan terfikir mengenai Islam?

“Saya jawab tidak pernah, kerana saya merasa Islam hanyalah agama untuk orang Arab atau agama kelompok pemisah kulit hitam,” katanya.

Mendengar jawapan itu, Canon, seorang penganut Kristian bertanyakan pula sama ada dia pernah mendengar mengenai Nabi Muhammad SAW.

Davis menjawab dia hanya kenal atau mendengar nama Elijah Muhammad sahaja. Manakala Nabi Muhammad SAW yang beliau tahu berasal dari bangsa Arab dan agamanya yang dibawanya adalah untuk orang Arab sahaja.

Sehinggalah pada suatu malam, Davis singgah ke sebuah kedai buku untuk membeli kitab Injil – sebagai permulaan untuk kembali kepada ajaran Kristian.

Namun, matanya terus tertarik kepada sebuah buku berkulit hijau dengan Muhammad tertulis besar dalam warna tinta keemasan.

Lantas beliau terus mengambil buku yang tajuk lengkapnya ialah Muhammad – His Life Based On The Earliest Sources karya Dr. Martin Lings (seorang pakar Matematik yang memeluk Islam).

“Yang menarik perhatian saya adalah frasa earliest sources dalam judul itu. Walaupun ingin kembali kepada ajaran Katholik tetapi saya sedar ada pelbagai perdebatan secara teologi mengenai kesalahan-kesalahan yang ada dalam Injil.

“Lalu saya cuba membaca buku Dr. Martin Lings itu bagi mendapatkan sesuatu yang baru,” katanya.

Namun kerana menemui banyak perkataan Arab terutamanya kalimah al-Quran yang banyak diulang dalam buku itu menyebabkan Davis mengembalikan buku itu ke raknya.

“Saya cuba membaca tetapi kerana kesukaran memahami perkataan dalam bahasa Arab maka saya rasa benarlah tanggapan saya sebelum ini bahawa Islam adalah agama untuk orang Arab sahaja,” katanya.

Namun buku Dr. Ling itu bagaikan sebuah bayang yang memburu. Langkah kaki Davis dirasakan sangat berat sehinggalah dia kembali semula ke rak buku mengenai Islam. Matanya tertancap kepada sebuah buku yang tertulis tajuknya The Quran.

Ia terus mengingatkan Davis mengenai perkataan al-Quran yang kerap beliau temui dalam buku Dr. Ling sebentar tadi.

Lalu buku yang sebenarnya senaskhah terjemahan al-Quran itu dibuka dan diselak dengan penuh minat.

Kebetulan yang diselak itu adalah surah Maryam. Davis terus tertarik untuk membaca isi kandungan surah itu yang menceritakan kelahiran Nabi Isa a.s.

“Sebaik sahaja saya membaca ayat-ayat dari surah tersebut, terus dirasakan tubuh saya panas dan dingin, silih berganti.

“Malah saya tahu saya bagaikan menggigil kerana tidak menyangka Islam juga meyakini keajaiban dalam kelahiran Jesus yang diyakini dalam agama Kristian.

“Namun Islam tidak meyakini Jesus sebagai anak dari Tuhan seperti keyakinan umat Kristian,” katanya.

Tidak diketahui apa sebabnya, Davis kemudiannya teresak-esak di kedai buku itu saat membaca terjemahan al-Quran.

“Akhirnya saya membeli naskhah terjemahan itu supaya dapat membaca dengan lebih banyak apa yang diyakini oleh kaum Muslimin.

“Dalam situasi perasaan yang sedang emosi itu, saya benar-benar sudah lupa untuk membeli Alkitab (Injil) dan meninggalkan toko buku itu,” ujarnya.

Christina mahu jelaskan Islam sebenar

 

kehidupan umat Islam di Amerika Syarikat berubah selepas tragedi 11 September dan dalam masa sama agama Islam semakin dikenali. – Gambar hiasan

 


KETIKA dua pesawat melanggar bangunan Pusat Dagangan Dunia di New York dalam insiden 11 September 2001, Christina Rountree masih di sekolah menengah rendah. Seperti sebahagian masyarakat Amerika Syarikat (AS) lain pada masa itu, dia hanya mampu tercengang dan marah.

“Apabila keluar di berita-berita mengatakan serangan tersebut dilakukan oleh orang Islam. Lantas, saya bertanya kepada teman yang beragama Islam… mengapa mereka sanggup melakukannya atas nama Islam? Islam itu agama awak, bukan?

Christina masih ingat jawapan balas teman-temannya yang mengatakan: “Mereka itu orang gila. Mereka tidak menghormati agama Islam. Islam adalah agama kedamaian”.

Fikiran Christina keliru. Lantas, dia mula membaca tentang falsafah agama Islam itu. Malah ketika di kolej, beliau turut menyertai Persatuan Pelajar Islam di kampusnya.

Semuanya selain untuk mengetahui di sebalik agama Islam, dia juga sebenarnya sedang mencari matlamat dalam kehidupannya. Sejak itu, mata dan hatinya telah terbuka tentang Islam. Selama ini terlalu banyak yang salah digambarkan tentang agama Islam. Hal ini menimbulkan semacam satu semangat kepada Christina untuk memperbetulkan, waima pada masa itu dirinya belum Islam.

Christina lantas mengambil keputusan untuk membantu golongan bukan Islam agar mereka ini lebih memahami agama yang syumul itu iaitu agama Islam.

“Mereka sebenarnya memperoleh maklumat yang salah tentang agama Islam dan Muslim ditambah kebimbangan yang sudah menguasai diri, kata Christina. Malah sebagai seorang Afro-Amerika, saya amat memahami bagaimana rasanya dinilai hanya dengan melihat penampilan luaran anda sahaja”.

Namun bagi Christina, dia tidak pasti jika ada orang yang akan mendengar kata-katanya. Keraguannya itu diluahkan kepada seorang teman.

Balas temannya, “Beginilah Christina, bukankah lebih baik awak tunjukkan contoh tauladan bagaimana seorang Muslim itu daripada awak banyak menghabiskan masa bercakap mengenai apa yang mereka sendiri tidak pernah mengambil berat untuk memahami. Ada kebenarannya juga…

Mengakui kepercayaannya ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW dan dakwah yang disampaikan baginda. Malah Christina turut menyukai struktur agam Islam itu sendiri dan keyakinan paling kemuncak ialah akan mukjizat al-Quran. Apa sahaja kemusykilan yang timbul boleh dirujuk terus kepada kitab suci al-Quran yang masih terpelihara dan menjadi rujukan sehingga kini.

Akhirnya, pada 17 November 2006, Christina mengucap dua kalimah syahadah. Keputusan itu atas kehendak, kerelaan dan keikhlasan. Akui Christina, dia menerima Islam kerana itulah yang dikehendaki Allah SWT ke atasnya.

Namun, keputusannya itu bukanlah sesuatu yang dijangka dan diharap oleh ibunya, sekali gus tidak merestui pengislaman yang dibuat Christina.

“Ibu melenting bila mengetahui saya sudah Muslim. Katanya, saya lakukan semua itu kerana seorang lelaki memandangkan saya mudah mesra dengan lelaki yang berasal dari Timur Tengah atau yang mirip wajah pemuda dari India. Padahal, ketika itu, ibu tahu saya tidak mempunyai teman lelaki lagi.

“Berlainan pula penerimaan bapa, dia hanya menyokong segala tindakan saya jika itu yang membuatkan saya gembira”. Katanya lagi, “Buatlah apa sahaja selagi mana kau rasakan yang engkau telah menemui Tuhanmu.”

Alhamdulillah…tidak lama selepas itu, sudah nampak tanda-tanda penerimaan ibunya, salah satunya, sesekali ibunya mengikut Christina ke masjid.

Sungguhpun begitu, tidak dapat dinafikan sebaik bergelar Muslim, dia berhadapan detik-detik kesukaran yang ada ketikanya amat memahitkan.

Katanya, percubaan mengebom lapangan terbang berdekatan Detroit pada Hari Natal adalah detik paling besar yang diumpamakan mencalit arang kepada wajah Islam kepada semua umat Islam seluruh dunia.

“Bagi saya ia bukannya satu atau dua tapak ke belakang. Ia seolah-olah ribuan tapak ke belakang. Pada saat di mana orang sudah mula menerima Islam secara positif, jauh daripada pandangan dan persepsi Islam itu agama keganasan dan pelbagai lagi sisi gelap Islam, kini situasi seperti 11 September, kembali berulang,” katanya.

Memburukkan lagi keadaan, pengalaman Christina pada ketika itu merupakan krew penerbangan. Tidak lama selepas kejayaan kerajaan AS mematahkan cubaan serangan seorang Muslim Nigeria, ketika itu dia berada di dalam sebuah pesawat yang hendak berlepas, salah seorang rakan krew yang mundar-mandir di dalam pesawat membuka bicara mengenai insiden tersebut.

Mereka berdua berulang kali mengatakan dengan nada marah dan tidak puas hati, “Orang Muslim tidak seharusnya berada di AS. Saya berharap sangat mereka semua mati. Malah mereka terus-menerus mengatakan pelbagai hal tentang Islam,” kenang Christina.

Pada saat itulah, Christina mulai faham, bagaimana pandangan majoriti warga AS tentang Muslim. Banyak yang tidak tepat, malah ada yang tidak berasas. Ingin sangat dia membetulkan pandangan salah dua krew lelaki itu tadi.

Namun, Christina memilih untuk berdiam, apatah lagi memberitahu bahawa dirinya sebenarnya seorang Muslim. Bagaimanapun, perbualan mereka itu benar-benar membebani kotak fikiran Christina.

Bagaimanapun, peristiwa itu sedikitpun tidak membuat beliau putus harapan. Baginya, suatu masa nanti, pasti rakyat AS akan melakukan sepertinya, mempelajari sendiri bagaimana Islam yang sebenarnya.

Mengakui dirinya masih dalam prose s pembelajaran selain berazam akan bertudung suatu hari nanti. Insya-Allah.

Sumber: MUSLIM IN MICHIGAN

Perintah menutup aurat pikat Franklin

 

 

Sudah menjadi pemandangan biasa apabila warga Barat berkulit putih semakin ramai memilih untuk menganut Islam walaupun sering dipandang negatif oleh kebanyakan warga Barat itu sendiri. – Gambar hiasan


 

DALAM usia yang sangat muda, Franklin Isa-Ali Taveras II berbangga kerana menjadi seorang mubaligh Kristian yang disegani kawan dan rakan.

Oleh kerana di kolejnya ramai yang menganut pelbagai agama malah tidak kurang yang atheis, semua itu memberikan kesempatan kepadanya untuk menyebarkan Kristian.

“Namun apabila berhadapan dengan mereka yang menganut agama lain selain Kristian, memerlukan saya mengenali agama-agama tersebut, sama ada Hindu, Buddha mahupun Islam,” kata Franklin.

Franklin 25, anak kelahiran Queens, New York, berbangsa campuran Dominica dan Puerto Rico, membuka segala pintu mindanya untuk mengenali Islam walaupun dengan niat yang agak serong.

Namun yang berlaku adalah sebaliknya. Minda yang terbuka itu telah menyebabkan beliau mula menerima Islam.

“Tidak sekadar minda malah hati saya mula tertarik terhadap Islam, kerana apabila kita membaca, terutamanya al-Quran, semua persoalan terjawab dalam kitab itu tanpa sebarang tabir yang menghalang. Kita seolah-olah dapat berbicara terus, bersoal jawab dengan tuhan.

“Malah saya sangat setuju apabila Islam meminta agar kaum wanita menutup sebahagian besar tubuh badan mereka. Tahu sahajalah di New York ini, kebanyakan wanitanya seolah-olah sedang mengiklankan diri mereka sendiri bagai zagat (terlalu menarik untuk seks) kepada kaum lelaki,” katanya.

Tetapi seorang teman Kristiannya, Miguel mengingatkan semula Franklin mengenai tuhannya, tuhan yang selama ini dipuja, disembah dan patuh terhadapnya.

“Saya terpaksa bersetuju dengan Miguel kerana walaupun Islam itu mungkin agama yang benar berbanding Kristian tetapi dengan memeluk agama itu akan menyebabkan saya melupakan Jesus.

“Saya tidak mahu kehilangan Jesus dalam hidup saya,” kata Franklin.

Sebagai jalan untuk Franklin keluar daripada persoalan yang rumit ini dia terus memohon dan berdoa kepada tuhan.

“Selama dua minggu saya berdoa dan terus berdoa siang dan malam. Akhirnya saya berasa agak pelik apabila saya banyak persoalan mula timbul,” katanya.

Namun yang agak pahitnya kini, sejak dari itu juga Franklin mula kehilangan kawan yang seagama dengannya kerana beliau sering dilihat bersama al-Quran.

“Ini menyebabkan mereka merasa tidak senang dan berkata tidak lagi mahu berkawan dengan saya yang mula menyembah agama syaitan,” katanya.

Namun kehilangan kawan itu menyebabkan Franklin semakin kuat mempelajari Islam.

“Saya sedar tidak ada sesiapa yang dapat membantu saya ketika ini kecuali, tuhan. Lalu saya memohon kepada-NYA. Tolong tunjukkan kepadaku, agama manakah yang benar,” katanya.

Pintu hati dibuka Allah

 

 



“KALAU kita hebat di dunia, kalau masuk ke dalam neraka, ia tidak berbaloi,” demikian ucap pakar motivasi terkenal, Datuk Dr. Fadzilah Kamsah yang juga pemegang gelaran tokoh Maal Hijrah 1429 peringkat Selangor tatkala membahas tentang ‘Mencari Jalan Pulang.’

Tidak dinafikan, ringkas kata sosok terkenal berusia 59 tahun itu. Hakikatnya, ia mampu meninggalkan bekas di hati sesiapa sahaja mendengar. Topik yang dikupas, sedikit sebanyak berupaya mengingatkan orang lain supaya mengimbangi kehidupan di dunia dan akhirat.

Cuma satu pesannya: “Sekali kita sudah bertaubat dan tidak mengulangi dosa silam, jangan pula kita menghina orang lain. Selami dengan sebetulnya jiwa sendiri agar dapat mencari jalan pulang yang diredhai oleh Allah Taala. Itu lebih indah daripada segala-galanya.”

Tidak sekadar menitipkan kata-kata hikmat itu kepada dua individu berada di depannya – Datuk Malek Nor dan Amy Search, Fadzilah juga sempat mengisyarat luahan tersebut kepada seluruh umat Islam terutama yang mendapat petunjuk untuk pulang semula kepada-Nya.

Bertempat di Studio 1, Astro, Bukit Jalil, Kuala Lumpur minggu lalu, Fadzilah yang diberi mandat selaku pengemudi program bual bicara, Selami Jiwa di saluran Oasis (106) mengundang Malek dan Amy sambil berkongsi segenap emosi tentang pengertian penghijrahan.

Fadzilah yang membenihkan karier sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 1977 mengaku kehebatan Malek dan Amy. Masakan tidak, mereka mengamal dasar keterbukaan untuk berkongsi perjalanan hidup masing-masing yang sifatnya pernah gelap.

“Saya bangga apabila golongan selebriti terutama seperti Malek dan Amy yang sudi bercerita tentang masa silam mereka. Malah, saya dapati ada artis lain, sedikit demi sedikit mula ada keberanian menyuarakan isi hati sendiri dengan tujuan menjadikan ia sebagai pengajaran.


PROGRAM temu bual terbaru kelolaan Dr. Fadzilah Kamsah ini mempunyai matlamat yang murnia dalam membina semula sahsiah dan jati diri umat Islam.


 

“Cuma nasihat saya, kita harus menyokong keputusan yang mereka lakukan. Selain itu, perubahan dalam diri perlu dikongsi dengan orang-orang tersayang. Dalam masa sama, kita kena ada guru, beli pelbagai kitab dan cari orang tertentu untuk dirujuk dari semasa ke semasa.

“Saya sendiri ada 70 nombor individu dalam telefon bimbit untuk dijadikan rujukan pada bila-bila masa jika menghadapi sebarang persoalan. Dan penting, kita kena memperbetulkan persekitaran dengan memilih kawan supaya tidak lagi mengulangi kesilapan ataupun dosa lalu.”

Sementara itu, Malek dan Amy yang kelihatan khusyuk menerima segala maklumat yang disalurkan daripada Fadzilah tidak ketinggalan meluah kelainan dirasai dalam diri selepas mengambil kata putus untuk merealisasikan transisi kepada-Nya. Satu persatu dimuntahkan waima bunyinya agak personal.

Dikelar besi panas

Umum mengetahui, penama lengkap Abdul Malek Mohamad Noor atau Malek, 54, mula melewati hidup sebagai pengikut Islam sejati sejak lapan tahun lepas.

Selepas satu demi satu musibah melanda, gerak hatinya berbisik, itu barangkali ujian Allah agar kembali menjadi sebenar Muslim.

Ironinya, selepas tergelincir jauh dari landasan dan tidak mempedulikan Allah sewaktu berada di tengah kota Hong Kong dan Amerika Syarikat awal 90-an, tahun 2002 menjadi saksi apabila jiwa semakin menua itu acapkali tidak tenang biar hidup berbalut kemewahan duniawi.

Didatangi pelbagai mimpi ngeri hampir setiap malam Jumaat termasuk dibakar api neraka, tubuhnya dikelar dengan besi panas, kemuncak Malek mengubah diri saat laungan azan Maghrib berkumandang di balkoni kediamannya yang menghadap Menara Berkembar Petronas.


AMY dan Malek Noor merupakan dua ikon yang meraih populariti dan menjadi pujaan dalam bidang glamor masing-masing.


 

Masa terus berlalu. Saat anak jati Batu Pahat, Johor itu kini menyerahkan seluruh hidupnya kepada Yang Maha Kuasa, dia mengalami mimpi didatangi arwah ibu, Jairiah Alias menaburkan bunga emas kepadanya dan memimpin ke Masjidil Haram lalu bersujud di depan Kaabah.

Sambil air mata jantannya gugur, ujar Malek, mimpi dialami ini cukup indah sekali gus menyedarkan diri bahawa ibu dan ayahnya yang telah meninggal dunia sentiasa ‘mendoakan’ si anak dari alam kubur. Lantaran itu, tidak hairan apabila kalimat syukur sentiasa terpacul dari bibirnya.

“Saya percaya, doa ibu dari alam barzakh meniupkan semangat ini untuk mendekatkan diri kepada Allah. Diakui, mengambil keputusan untuk bertaubat susah dan ia tidak punya persediaan. Kerana itu, sekali kita ingin kembali kepada Tuhan, kita nekad insaf selama-lamanya.

“Kini, saya puas dengan kehidupan baru. Meski hidup bersendirian selepas dua kali mengalami penceraian, saya mahu bercinta sepenuhnya dengan Allah. Apa jua dilakukan termasuk makan, tidur, memandu, bekerja, keluar rumah dan lain-lain, semua bersama dengan-Nya.

“Sejujurnya, saya tidak minta orang lain bertaubat dan mengikut seperti apa dilakukan ini. Tetapi, tugas saya hanya mahu membuka pintu sedikit kepada orang lain untuk melihat dunia dan akhirat,” tutur Malek yang enggan lagi berhambakan wang ringgit dan material.

Kelahiran semula

Berbeza pengalaman daripada Malek, vokalis kumpulan rock tersohor Search, Amy, awal-awal lagi merasai kelainan dalam diri selepas bergelut dalam belantika muzik tanah air sejak tiga dekad lalu. Pelbagai persoalan melintang di kotak fikirnya tanpa mampu ditolak.

FADZILAH KAMSAH mempunyai 70 individu berlainan sebagai rujukan terhadap sebarang persoalan tentang kehidupan.


 

Jelas pemilik nama berdaftar Suhaimi Abdul Rahman, sepanjang bergelar penyanyi dan tingginya populariti diraih, setiap malam sebelum matanya dapat lelap dengan sempurna, dia sering tertanya kepada diri tentang penamat kepada jalan yang diinginkan dalam hidup.

“Hati saya meronta ingin kelahiran semula dan hidup hakiki yang dicintai. Bayangkan, apa jua diminta, Dia beri kepada saya. Situasi ini berlarutan dan saya akui memang tidak mendapat kebahagiaan. Melalui satu proses penceraian dan berlaku lagi dalam rumah tangga.

“Tidak terkecuali, saya mengidam untuk ada anak lelaki dalam hidup. Dalam pada itu, saya bertemu wanita yang kini menjadi isteri. Enggan ambil waktu panjang, saya terus bernikah. Alhamdulillah, tidak lama selepas itu, kami dikurniakan dengan cahaya mata lelaki.

“Kemuncaknya, saya menunaikan umrah buat kali pertama pada tahun 2007 sambil depan Kaabah terfikir kenapa Dia menganugerahkan bakat seni ini. Akhirnya, saya sedar, suara ini sebagai tanggungjawab kepada orang lain,” ucap Amy dengan getar suara perlahan.

Usai pulang dari Tanah Suci, pelantun lagu Isabella itu terdorong untuk menjalani penghijrahan. Tambah lelaki berusia 52 tahun itu, dia seperti menjalani fasa penyucian di rumah Allah sehinggakan menikmati perasaan sukar terucap dengan kata biasa.

“Rupa-rupanya, setelah diimbas kembali, lagu-lagu saya nyanyikan selama ini ada maksud mendalam. Malah, Dia menguji saya dengan ujian yang tidak terpandang termasuk pernah ditipu wang ringgit sehingga menangisi insiden berlaku akibat terlampau kecewa.

“Saya bagaimanapun bersyukur kerana selepas tiga tahun lalu, akhirnya saya mula nampak apa yang diingini dalam hidup. Kalau ada duit banyak sekalipun, ia tetap tidak beri kebahagiaan sebenar. Jiwa kita yang seharusnya ada cinta kepada Dia,” luah Amy

Aku, Lim dan Islam

by Abdullah Dari Jeram Pasu on Monday, September 6, 2010 at 10:11am

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM. Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama. Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya.

kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim. Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku.

Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan ‘breakdance’, semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami.

20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya. Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya. ” He’s name is no more Lim Wei Choon. He’s now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago. ..Subhanallah! Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan.

….Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang. Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.

‘Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang” Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku.

Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.

Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak?…

Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?

kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?

Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?

Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house. Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni? Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.

Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?

Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.

Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah denagn melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.

Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.

Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah. Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiadak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?

Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah. Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar. Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.

Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah! Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.

P/s : sebagai Tauladan..

Hidayah lihat ‘ibu’ solat

Oleh Muhd Izawan Baharin

KUALA LUMPUR: Tertarik dengan cara umat Islam mengerjakan solat, seorang gadis Jerman terbuka hati memeluk Islam walaupun pada mulanya perubahan itu ditentang bapa yang beragama Kristian.

Nur Yana Petersen, 24, dari Hamburg, Jerman tertarik dengan Islam selepas melihat ibu angkatnya menunaikan solat ketika mengikuti program pertukaran pelajar peringkat antarabangsa, AFS Antarabudaya Malaysia (AFS) pada 2003.

“Pada mulanya, saya bertanya ibu angkat pelbagai soalan mengenai cara hidup Islam seperti solat dan puasa. Entah kenapa, semakin mendapat jawapan, saya semakin tertarik mengenali Islam.

“Sebaik pulang ke Jerman setahun kemudian, saya mula mendekati rakan beragama Islam dari Turki dan Bosnia untuk bertanyakan lebih lanjut berkaitan agama ini sehingga bertambah yakin kebenaran Islam,” katanya yang ditemui di kediaman ibu angkatnya, Fauziah Mohd Thani untuk menyambut Ramadan di sini, baru-baru ini.

Nur Yana kemudian kembali ke Malaysia dan cuba berpuasa di rumah Fauziah.

“Selepas yakin menemui jalan kebenaran, saya pulang ke Jerman dan mengucap dua kalimah syahadah di sebuah surau di Hamburg sehari sebelum Aidilfitri pada 2006.

“Saya memaklumkan ibu yang menerima pegangan baru saya asalkan saya gembira, cuma bapa bimbang kerana disogok laporan media yang mengaitkan Islam dengan keganasan,” katanya.

Katanya, dia perlahan-lahan menjelaskan kepada keluarganya mengenai Islam dan tidak keterlaluan menunjukkan perubahan diri.

“Apabila saya tidak tergesa-gesa, mereka boleh menerima, contohnya buat permulaan solat secara sembunyi. Pasti berbeza jika saya memakai hijab sehari selepas memeluk Islam,” katanya.

Katanya, kini ibu bapa dan rakan menerima cara hidup barunya.

“Alhamdulillah, mereka memahami, malah berusaha memastikan saya selesa, misalnya jika sukar mendapat daging atau ayam halal, ibu memasak ikan untuk saya.

“Rakan yang menjemput saya menghadiri majlis juga menyediakan jus, kerana biasanya mereka menyediakan minuman beralkohol,” katanya.

Katanya, ada kalanya sukar beribadat di negara asal.

“Bagaimanapun, jiwa saya tenang kerana saya percaya apa yang berlaku sama ada baik atau buruk sudah ditentukan Allah,” katanya

Abdur Raheem utamakan dakwah

bagai dihidupkan kembali… Begitulah perumpamaan Abdur Raheem Green (kanan) tentang pengislaman dirinya.

ABDUR Raheem Green atau nama sebelum Islamnya, Anthony Green dilahirkan pada 1964. Dia dibesarkan dalam keluarga yang berpegang kuat dengan fahaman Roman Katolik.

Beliau memeluk agama Islam pada 1987, selepas membaca terjemahan kitab al-Quran. Sejak itu, Abdur Raheem banyak melibatkan diri dengan menyampaikan dakwah Islamiah ke seluruh pelosok dunia.

Malah salah satu tempat yang tidak pernah sunyi dengan gema dakwahnya dan menjadi lokasi wajib kunjungan Abdur Raheem iaitu Sudut Pidato yang terletak di Hyde Park, tengah London, England.

Buat masa ini, Abdur Raheem merupakan pentadbir dakwah di Pusat Pendidikan Islamiah yang terletak di Masjid Agung London (London Central Mosque).

Bapanya, Gavin Green dilahirkan di England adalah seorang pentadbir yang bertugas di Mesir. Pada usia muda, Abdur Raheem telah berpindah balik ke United Kingdom (UK) bersama-sama ibu bapanya.

 Ibunya seorang wanita yang berasal dari Poland. Ketika bapanya dihantar bertugas di Mesir, Abdur Raheem telah mula mengenali dan berkawan dengan rakan-rakan sebayanya yang beragama Islam.

Hakikatnya pada usia seawal lapan tahun lagi, Abdur Raheem telah hilang minat atau telah menunjukkan sikap tidak berpuas hatinya kepada agama yang dianuti sejak turun temurun itu lagi.

Pada usia 10 tahun, dia telah dihantar ke sekolah berasrama penuh aliran Roman Katolik di Gilling Castle dan kemudiannya, meneruskan pengajian di Kolej Ampleforth. Pengajiannya diteruskan di Universiti London dalam bidang sejarah.

Walau bagaimanapun, dia hanya belajar separuh jalan kerana ingin menumpukan kepada kerja-kerja menyebarkan syiar Islam.

Malah sebelum mengenali Islam, dia telah membuat penyelidikan dan mempraktikkan bermacam-macam agama termasuklah Buddha selama tiga tahun sebelum mengucap dua kalimah syahadah.

Pengalaman Abdur Raheem di Kaherah, Mesir bermula ketika bapanya yang ketika itu berkhidmat dengan Bank Antarabangsa Barclays pada 1976 telah dihantar ke sana kerana syarikatnya sedang dalam usaha membuka cawangan baru di negara berkenaan.

Pada saat itulah, Abdur Raheem mula diperkenalkan dengan terjemahan kitab suci al-Quran dan menerusi kalam Allah itulah, dia mengkaji, berfikir dan akhirnya, menerima hidayah-Nya. Semenjak pengislaman diri, dia telah menyerahkan jiwa dan raga ke jalan Allah terutamanya kepada masyarakat Islam dan bukan Islam di Britain.

Abdur Raheem berkhidmat hampir lima tahun di Masjid Agung London dan Pusat Kebudayaan Islam sebagai Penyelaras Pelawat Kursus Dakwah Inggeris. Kini, beliau membuka firma pakar rundingan iaitu Perunding Green and Chambers bersama sahabatnya yang juga seorang mualaf bernama, Yusuf Islam Chambers. Selain itu, dia juga kerap muncul di kaca televisyen dan saluran Islamik lain.

Terkini, Abdur Raheem berkhidmat dengan sebuah syarikat media Islamik yang beroperasi di England serta aktif dengan pelbagai aktiviti dakwah termasuk menyampaikan syarahan mengenai Islam di kota London terutamanya di Hyde Park.

Malah bapa kepada enam anak ini juga pernah ke Kanada untuk menyampaikan syarahan yang menyentuk pelbagai subjek dan isu.

Pada awal Mac tahun lalu, Abdur Raheem telah memulakan pengembaraan pertamanya ke Norway yang turut bergabung dengan pengendali laman web Islamik iaitu Det Islamske Nettverk – Islam Net. Abdur Raheem telah menyampaikan tiga ceramah bertajuk; Does God Exist, How I Came to Islam dan Islam The Misunderstood Religion

Penjara ‘ubah’ Robinhood

Susunan SITI AINIZA KAMSARI

Abdul Aziz mendirikan solat sekalipun di sebalik kenderaan di tepi jalan.


Siapa yang tidak kenal Robinhood? Seperti yang sedang hangat ditayangkan di pawagam, dia seorang satria pembela kaum miskin. Dia sentiasa membela kaum lemah dengan kehebatan memanah sebagai senjata utamanya. 

Tidak jauh bezanya dengan Robin Padilla, aktor popular Filipina yang juga pernah membintangi filem yang serupa di negaranya. 

Nama sebenar beliau Robinhood Fernando Carino Padilla. Namun, lebih dikenali dengan panggilan Robin Padilla terutama di era 1990-an. 

Era di mana beliau sangat popular dengan membintangi filem-filem yang sering kali pecah panggung menjadikan Robin, aktor paling laris ketika itu. 

Anak kelahiran Kota Manila pada 23 November 1967 ini melonjakkan namanya setelah membintangi sejumlah filem aksi dan ganas. 

Bahkan kerana lakonan yang dimainkannya sebagai gangster berdarah dingin dalam beberapa filem, Robin mendapat jolokan budak jahat filem aksi Filipina. 

Bakat lakonan beliau memang sudah mendarah daging dalam keluarga besar Robin Padilla, yang merupakan penganut Kristian Protestan. Ketiga-tiga abangnya, iaitu Rustom Padilla, Royette Padilla dan Rommel Padilla, juga aktor hebat di Filipina. 

Namun kehebatan sebagai bintang mega jauh menghanyutkan Robin dalam kehidupan-kehidupan malam dan sering mengambil dadah terlarang. 

Natijahnya, Robin tidak sahaja hilang populariti malah turut ditahan pihak berkuasa atas kesalahan jenayah. 

Pada tahun 1994 beliau dihumban ke penjara atas kesalahan memiliki senjata api secara haram dan terpaksa merengkok selama 21 tahun sebagai hukuman atas kesalahan tersebut. 

Namun beliau bernasib baik kerana pada tahun 1998, dibebaskan dari penjara. Bukan kerana atas rayuan tetapi pihak penjara berpuas hati dengan kelakuan baik dan kesungguhannya untuk menebus kembali kesalahan sepanjang di penjara. 

Mungkin perubahan pada sikapnya itu tidak sahaja disebabkan pengajaran daripada hukuman penjara tetapi sedikit sebanyak hasil berkawan dengan seorang tahanan lain yang beragama Islam. 

Semasa dalam penjara itu Robin berkenalan dengan Gene Gallopin atau nama Islamnya, Jamil Ghaleb. Gallopin yang merupakan saudara baru adalah seorang aktivis bagi masyarakat Muslim di Filipina. 

Sepanjang di penjara, Robin dan Gallopin sering berbincang mengenai Islam dan kesemua itu meninggalkan kesan kepada Robin. 

Akhirnya dengan penuh yakin, Robin memeluk Islam. Malah ayah kepada lima orang anak ini memilih Abdul Aziz sebagai nama barunya. 

Tidak sekadar beliau, isterinya, Liezl Sicangco Padilla juga akhirnya menurut jejak langkah si suami (namun ada laporan yang menyebut bahawa mereka kini telah bercerai). 

Ini diikuti dua anak perempuan mereka, Queenie, 17, dan Kylie, 15, yang juga secara sukarela memeluk Islam. 

Tiga lagi anaknya ialah Ted Matthew (Tidtid), Zhelireen (Zhen-zhen) dan Robin Jr (Ali Padilla). 

Pengislaman beliau tentu sahaja menggemparkan. Namun apa yang ditanggung oleh Robin selepas itu tidak kurang hebat. 

Pelbagai tuduhan dilemparkan terutama mengaitkan Islamnya itu dengan kumpulan Abu Sayyaf yang sering dilabel sebagai pejuang-pejuang radikal Muslim di selatan Filipina. 

Malah tidak kurang yang menuduhnya memeluk Islam semata-mata kerana mahu berpoligami!  

Namun, semua itu tidak pernah diambil peduli oleh Abdul Aziz kecuali menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim sejati.

Seolah-olah mahu menebus kembali segala perlakuan-perlakuan jelik dari dunia hitamnya yang lalu. 

Abdul Aziz kini benar-benar menjadi seorang ‘Robinhood’ seperti mana yang dilakonkannya. 

Selepas memeluk Islam, dia mempunyai senarai panjang dalam membuat kebajikan seperti memberi sumbangan terutamanya wang ringgit. 

Sasaran utama sumbangannya itu adalah kepada komuniti Islam di Filipina. Sebanyak satu juta peso beliau sumbangkan untuk membangunkan satu kawasan kaum Muslim di Kota Norzagaray, di wilayah Bulacan. Sebanyak 2.5 juta peso lagi kepada Lembaga Kemanusiaan, iaitu Muay Association of the Philipines.Dalam bidang pendidikan, Abdul Aziz memberi sumbangan yang besar dengan menubuhkan Yayasan Dindang Kapayapaan (Light Of Peace) pada tahun 2007 iaitu sebuah lembaga pendidikan prasekolah bagi anak-anak Islam di kawasan Fairview Park, Quezon City.Anak-anak Islam itu datang dari selatan Filipina iaitu wilayah Basilan dan Jolo yang bergolak.Semasa pelancaran yayasan itu, Abdul Aziz berjanji mendapatkan tenaga pengajar terbaik bagi memastikan mereka dapat bimbingan sepenuhnya dalam aspek membaca al-Quran.Selama bersekolah di yayasan itu para pelajar ditempatkan di rumah besar miliknya yang terletak berhampiran sekolah dan semuanya percuma. “Kita mahu mereka membesar bersama kami” katanya seperti yang tersiar di laman web Buletin Manila.Ramai menyifatkan Abdul Aziz kini persis mengikut jejak Yusuf Islam atau Cat Steven setelah memeluk Islam.”Dia adalah hero bagi orang Islam,” tulis mereka.Oleh kerana darah seni masih mengalir deras dalam dirinya, Abdul Aziz tetap meneruskan aktiviti lakonan yang kini lebih tertumpu kepada genre drama dan komedi. 

Beliau masih menerima pelbagai tawaran berlakon kerana para peminat masih mahukan beliau terus beraksi. 

“Yang lepas biarlah berlalu, saya bukan lagi ‘budak’ itu. Saya kini adalah ‘lelaki’. ‘Lelaki jahat’ adalah panggilan yang tidak betul, ia cuma sebahagian daripada kisah silam saya,” katanya

Ibu kau tetap disanjung

Oleh SITI AINIZA KAMSARI
ainiza.kamsari@utusan.com.my

Berbeza agama, namun hubungan tetap erat antara Divesh dan ibunya, Madhuvathi.


DALAM laporan sebuah akhbar tempatan, seorang remaja perempuan yang juga pelajar tingkatan tiga dari Felda Jerangau, Hulu Terengganu kesal kerana melakukan zina sehingga lahir seorang anak luar nikah. Bayi lelaki itu dilahirkan dalam tandas sebuah klinik kerajaan baru-baru ini.

Namun dia berasa lega kerana ibunya masih dapat menerimanya walaupun si ibu terkilan dengan perbuatannya.

Tentulah si ibu masih dapat menerima anaknya sendiri walaupun betapa teruknya dia menanggung malu.

Bagi si anak, adakah bayi luar nikahnya itu merupakan hadiah yang layak buat si ibu sempena Sambutan Hari Ibu?

Islam tidak menetapkan mana-mana hari dalam kalendar tahunannya untuk umat agama itu menyambut Hari Ibu.

Tetapi berapa ramaikah daripada kita yang menghargai pengorbanan dan jasa ibu yang melahirkan?

Jangan hanya apabila selepas terjebak dalam kancah sosial seperti penagih dadah, rempit dan kaki pukul sehinggalah seks bebas sehingga perut besar membusung kerana hamil baru ingat hendak mencari ibu.

Ketika lupa daratan, mereka inilah golongan yang tidak pernah menghargai ibu dan jauh sekali meraikan ibu sempena Hari Ibu yang disambut pada hari Ahad minggu kedua setiap bulan Mei.

Namun tahukah anda ada juga anak-anak yang baik tetapi kadang-kadang terpaksa bertindak ‘menderhaka’ terhadap ibu masing-masing.

Jangan salah faham pula. Mereka terpaksa menderhaka terutama kepada ibu yang melahirkan semata-mata kerana hati telah terpikat dan mahu terikat dengan Islam.

Kerana Islam mereka terpaksa membelakang ibu kerana tiada ibu yang dapat menerima kenyataan apabila anak kesayangan dan menjadi harapan bertindak meninggalkan agama nenek moyang yang mereka pertahankan selama ini.

Tetapi derhaka si anak kerana Islam itu sebenarnya tidak memutuskan sama sekali hubungan.

Walaupun berbeza agama, pertalian mereka yang menganut Islam dengan ibu yang berlainan agama tetap kekal malah lebih baik berbanding sebelumnya.

Divesh Kumar Danial Kakulai dan isteri, Engku Rabaal Adawiah Engku Zahit misalnya adalah contoh anak yang tetap menghormati dan menyanjungi ibu walau mereka berbeza agama.

Walaupun ibu Divesh Kumar, Madhuvati a/p Varjivandas, 65, seorang penganut Hindu tetapi ia bukan penghalang untuk mereka tinggal bersama.

“Sehingga kini kami sekeluarga tinggal bersama. Walaupun berbeza agama tetapi tidak ada sesiapa yang dapat memisahkan antara saya dan ibu.

“Saya sangat menyayangi ibu kerana jika tidak ada ibu yang melahirkan dan membesarkan, saya mungkin tidak berkesempatan mengenali dan memeluk Islam,” katanya.

Tidak dinafikan, anak bongsu daripada lima adik beradik itu telah mengecewakan hati ibunya itu apabila beliau meninggalkan agama Hindu demi bergelar seorang Muslim pada tahun 1997.

“Sudahlah ibu mempunyai penyakit darah tinggi, seorang yang cepat marah dan agak cerewet orangnya, jadi saya terpaksa merahsiakan pengislaman saya kerana bimbang menjejaskan kesihatannya.

“Apabila ibu tahu saya memeluk Islam melalui jiran, ibu saya benar-benar kecewa, marah dan menuduh saya menipunya.

“Sudahlah abang saya Shah Kirit dan seorang lagi kakak sebelum ini telah memeluk Islam. Kini saya anak bongsu kesayangannya pula mengikut jejak langkah mereka, ibu mana yang tidak sedih dan hampa,” kata Divesh Kumar.

Dia menjelaskan, ibunya tidak dapat membezakan antara Islam dan Melayu.

“Baginya sama sahaja dan saya sendiri terpaksa menyembunyikan diri, tidak pulang ke rumah selama tiga hari kerana bimbang ibu marah kerana saya meninggalkan agama menjadi amalan kami selama ini,” katanya.

Katanya, selama tiga hari itu dia berfikir dan akhirnya berazam dan tekad untuk membuktikan Islam tidak seburuk yang disangka oleh ibunya.

Lebih-lebih lagi ajaran Islam tidak mengajar anak dan ibu mesti dipisahkan kerana berbeza agama.

Atas semangat itu, Divesh Kumar sedia menghadapi apa juga risiko dan memberanikan diri pulang ke rumah.

Sebaik sampai di rumah dia berterus terang dengan ibunya untuk terus tinggal bersama dan menjaganya sehingga ke akhir hayat.

“Soal beza agama bukan penghalang,” katanya.

Akhirnya seperti yang dilihat hari ini, Divesh Kumar dan ibunya bahagia hidup bersama di bawah satu bumbung walaupun berbeza agama.

“Saya mesti melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang anak terhadap ibu saya.

“Saya secara ikhlas dan sukarela menghantar ibu beribadat di kuil, menunggunya dan kemudian pulang bersama-sama.

“Ini kerana ibu juga sangat bertolak ansur terhadap Islam. Malah ibu yang mengingatkan saya sembahyang tiap kali masuk waktu solat. Malah ibu menyediakan makanan kesukaan saya setiap kali saya dan isteri berbuka puasa di bulan Ramadan.

“Ibu yang menjaga cucunya, iaitu anak saya Puteri Dhiya Sumayyah, 2, sementara saya dan isteri keluar bekerja.

“Ibu juga akan menyediakan manisan dan buah tangan untuk dihadiahkan apabila kami pulang ke kampung isteri.

“Sesungguhnya ibu adalah manusia yang paling saya sayang, tiada duanya di dunia ini,” katanya.

Tentu sahaja menjadi harapan Eksekutif Pemasaran di Saba Islamic Media Sdn. Bhd. ini agar si ibu akhirnya memeluk Islam.

Namun selagi yang tidak bertentangan dengan Islam, Divesh Kumar akan terus berbakti kepada ibunya itu hayat dikandung badan.

Ke Gereja Untuk ke Masjid

copy from : http://saifulislam.com/?p=1763#more-1763

April 4th, 2010 by Abu Saif 12:28 pm

imam.jpg

Asyhadu an Laa Ilaaha IllaLlaah. Wa Asyhadu anna Muhammadan Rasoolullaah!” saya melafazkan syahadah.

Laura mengulang bilah-bilah kesaksian itu dengan penuh kesungguhan.

“Alhamdulillah. Welcome back, sister!”, saya menadah tangan mengucap syukur.

Laura menangis.

Bukan sedih.

Tetapi riak wajahnya menampaknya suatu kelegaan yang besar.

Pagi itu Laura telah mengisytiharkan keIslamannya di hadapan saya dan beberapa warga masjid, termasuk beberapa muslimat yang saya jemput untuk meraikan Laura.

Thank you, Imam. I feel so blessed that no word can describe my feeling right now. I can’t believe that I am now a Muslim. Finally!” kata Laura.

Saya sendiri berasa sebak dan terharu.

Selepas beberapa kali berutus soal jawab melalui telefon, pagi itu Laura nekad untuk melafazkan syahadahnya. Saya mengalu-alukan ‘kepulangan’ beliau dengan ucapan ‘Welcome back‘, kerana mahu mengangkat hakikat yang diterangkan oleh Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam bahawa setiap insan itu dilahirkan fitrah.

Muslim by nature.

JALAN DATANG KEPADA ISLAM

“Izinkan saya bertanya, apakah yang mengundang nekad kamu untuk memeluk Islam pagi ini?” saya cuba mendapatkan cerita. Ia perkara biasa setiap kali ada saudara baru yang memeluk Islam. Saya suka meneliti kisah-kisah mereka kerana ia berguna untuk muhasabah dakwah saya.

“Imam pun tahu yang saya memang sudah agak lama cenderung kepada Islam, bukan?” tanya Laura kepada saya.

Saya mengangguk.

Semenjak lebih 6 bulan, Laura sudah berhubung dengan saya. Beliau merupakan pelajar Biologi di universiti berdekatan. Kajian-kajian Laura tentang hal-hal berkaitan evolusi membawa beliau dekat kepada Islam. Beliau terperangkap di antara peperangan Creationist Christian dan Evolutionist yang sering bernada Atheist.

Tetapi Laura tidak punya kekuatan untuk melakukan hijrah.

Banyak perkara yang dipertimbangkannya, terutamanya aspek sosial. Sanggupkan dirinya melakukan perubahan dan bagaimanakah penerimaan keluarga dan rakan… ini merupakan isu besar buat Laura.

Saya mengambil inisiatif menemukan Laura dengan Hannan, iaitu isteri kepada majikan saya yang juga merupakan seorang Irish Muslim. Lanjutan daripada itu, Laura ditemukan dengan beberapa orang lagi Irish Muslim, yang meyakinkan beliau bahawa beliau tidak bersendirian dengan hijrah yang bakal dilakukannya nanti.

“Tetapi, saya mendapat kekuatan itu akibat peristiwa malam tadi!” kata Laura.

“Apa yang berlaku?” saya ingin tahu.

“Malam tadi kami sekeluarga ke gereja untuk menghadiri mass bersempena dengan Hari Ibu. Ajaib sekali, ceramah yang disampaikan oleh paderi di gereja itu sungguh mengesankan. Saya asyik mendengarnya malah ahli gereja yang lain juga begitu mengaguminya” cerita Laura.

“Selepas selesai majlis, seperti biasa paderi berdiri di pintu gereja, bersalaman dengan kami semua. Apabila tiba giliran, saya mengucapkan tahniah kepadanya atas ceramah beliau yang sungguh hebat” sambung Laura.

“Wah bagus begitu. Jarang sekali Imam masjid menghargai mereka yang hadir ke masjid sedemikian rupa. Saya juga harus mengamalkannya!” saya mencelah.

Laura dan hadirin yang lain ketawa.

“Apa isi ceramahnya?” saya mahukan kepastian.

“Oh, ceramah malam tadi ialah tentang hubungan ibu dengan anak, dari kandungan hingga penyusuan dan kepentingan menyusukan anak sendiri” kata Laura.

Saya mengangguk. Jemaah yang lain juga khusyuk mendengar.

“Lalu saya beritahu paderi tersebut: tahniah, kerana ceramah awak yang sangat bagus. Cuma, saya ingin tahu, pernahkah tuan membaca apa-apa dari Quran, buku orang Islam, tentang tajuk yang dibentangkan tadi?” cerita Laura lagi.

Saya khusyuk mendengar cerita Laura. Beliau memang pengunjung setia gereja. Tetapi aturan Allah sedikit berbeza. Setiap kehadirannya ke gereja, menjadikan beliau semakin hampir kepada masjid.

“Paderi itu membisikkan ke telinga saya bahawa sebenarnya beliau mengambil keseluruhan inti ceramahnya daripada al-Quran! Beliau tidak bertemu dengan keterangan sebaik keterangan al-Quran tentang topik tersebut” tegas Laura.

“Allah!” saya mengurut dada.

alanaam114.jpg

“Dan orang-orang yang Kami berikan kitab, mengetahui bahawa al-Quran itu adalah diturunkan dari Tuhanmu dengan sebenar-benarnya. Oleh itu, jangan sekali-kali engkau menjadi (salah seorang) dari golongan yang ragu-ragu” [Al-An’aam 6: 114]

“Saya sangat terkejut dengan statement beliau. Hampir rebah saya dibuatnya. Apabila saya kembali ke rumah, emak dan ayah masih lagi bercerita tentang kehebatan ceramah paderi di gereja tadi. Saya beritahu mereka apa yang paderi itu sendiri nyatakan kepada saya” sambung Laura.

“Bagaimana reaksi keluarga anda?” saya bertanya.

“Mereka sangat terkejut dan emak saya ketakutan kerana dia tahu kecenderungan saya kepada Islam” jawab Laura.

“Saya sudah lama meyakini kebenaran Islam. Kata-kata paderi itu malam tadi telah memberikan satu-satunya yang saya perlukan untuk menjadi Muslim, iaitu kekuatan. That’s it. I am now a Muslim and I will declare my faith tomorrow!” kata Laura dengan penuh yakin.

Beliau menganggap dirinya telah menjadi Muslim semenjak malam tadi. Tetapi beliau datang ke masjid agar keIslamannya disaksikan oleh pihak masjid untuk maslahah-maslahah yang sedia maklum.

SECEBIS KISAH

bsn.jpg

Itulah kisah daripada siri peristiwa saya menguruskan proses menerima Islam oleh warga Ireland selama saya bertugas sebagai Minister of Religion di Belfast Islamic Centre, Northern Ireland.

Kebanyakan mereka yang memeluk Islam di Ireland, melakukannya hasil kajian dan pembacaan sendiri. Lazimnya, saya hanya membantu menyelesaikan beberapa isu berbaki sebelum mereka mengambil keputusan untuk memeluk Islam.

Sebagai seorang Muslim yang juga Imam di masjid tersebut, tentu sahaja saya bergembira dan bersyukur dengan perkembangan ini, khususnya selepas insiden 11 September 2001. Namun apa yang lebih menggembirakan saya, ialah hakikat integrasi, keterbukaan dan komitmen kepada dialog menjadikan usaha dakwah subur di bumi Eropah.

Saya yakin, jika umat Islam di negara ini memperbaiki identiti mereka agar lebih mudah didekati, bercakap dengan rasional tanpa dikaburkan oleh sentimen dan emosi, maka jalan untuk penyebaran Islam akan terbuka dengan lebih luas.

Kita tidak perlu terlalu terburu-buru mahu mengIslamkan sesiapa, sebaliknya harus banyak menumpukan perhatian kepada menerangkan tentang Islam secara baik kepada mereka yang mencari. Tumpuan kepada berhujah dan berdakwah untuk menyebarkan kebaikan serta kebenaran adalah lebih sejahtera daripada usaha mengIslamkan non Muslim secara tergesa-gesa seolah-olah urusan itu demi kepentingan kita, dan bukannya dia, dan ALLAH.

Malah kita juga harus memberi galakan agar masyarakat Kristian kembali ke gereja. Biar Buddha dan Hindu kembali rajin ke kuil mereka. Selain mengembalikan fungsi agama pada membaikkan manusia, menghargai agama, menjadikan mereka semua setapak lebih hampir kepada Islam. Materialisma yang menjadi anutan manusia hamba duit dan harta, sangat membutakan kehidupan seperti kisah Sahib al-Jannatain di dalam Surah al-Kahf ayat 32 hingga 46.

Jika mereka menerima Islam dan terbuka hatinya untuk memeluk Islam, maka setinggi-tinggi syukur kita lafazkan.

albaqarah256.jpg
“Tiada paksaan di dalam agama” [Al-Baqarah 2: 256]

Jika mereka tidak memeluk Islam, penerangan dan hujah yang disampaikan melalui dakwah dan pendidikan tetap berguna menjauhkan mereka daripada permusuhan membuta tuli terhadap Islam dan seterusnya lebih ‘dekat’ dengan kita, biar pun tidak atau belum bersama.

Kira-kira sebulan selepas memeluk Islam, Laura telah mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga dengan Ali, seorang sahabat yang berasal dari Libya. Saya telah mengurus dan mengakadkan nikah mereka dengan nasihat agar Ali terus membimbing Laura dengan nasihat agama dan wasiat iman.

Berikan komitmen kepada dakwah, itu tugas yang kita warisi daripada Rasulullah..

Wa saLlallahu ‘ala Sayyidina Muhammad wa ‘alaa aalihi wa sahbihi wa sallam. Walhamdu liLLaahi Rabb al-’Aalameen.

ABU SAIF @ http://www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Shah Kirit solat secara sembunyi

Shah Kirit solat secara sembunyi

Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM

Niat asal menganut Islam kerana ingin berkahwin dengan gadis pilihan, namun Shah Kirit, 43, akhirnya kini menjadi seorang penceramah agama.


SHAH KIRIT mengabadikan seluruh hidupnya untuk Islam.



PADA asalnya, niat Shah Kirit Kakulal Govindji ingin memeluk agama Islam ialah hanya dengan satu tujuan iaitu untuk berkahwin dengan seorang gadis Melayu.

Namun kini, dia bukan sahaja telah menjadi seorang Muslim yang soleh tetapi pada masa sama menjadi Ketua Pegawai Dakwah Islamic Information & Services Foundation, sebuah organisasi dakwah untuk memberi informasi mengenai agama Islam yang terletak di Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Shah Kirit juga menjadi pengurus syarikat penerbitan, Saba Islamic Media Sdn. Bhd. cawangan Maju Junction. Selepas mengahwini gadis pilihannya itu dia dan isteri menetap di rumah keluarganya di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Namun bagaimanakah Shah Kirit, seorang yang berketurunan India boleh berubah sepenuhnya daripada kehidupan asalnya berbanding kini? Berdepan dengannya di Saba Islamic Media cawangan Taman Setiawangsa, dia berkongsi kisah hidupnya.

Tertarik kerana kecantikan

“Saya bersekolah sehingga tingkatan enam di sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur. Sebaik sahaja menamatkan pengajian, saya bekerja di sebuah syarikat pemasaran swasta yang mempunyai pekerja berbilang kaum termasuk Melayu.

“Saya tertarik dengan seorang gadis Melayu di tempat kerja saya itu kerana kecantikannya. Namun, pada masa yang sama saya sering mengingatkan diri supaya jangan bercinta dan berkahwin dengan gadis berlainan kaum.

“Tapi saya amat mencintainya sehingga pernah terfikir ingin berhijrah ke negara lain untuk berkahwin dengan gadis tersebut. Buntu dengan perkara ini saya berjumpa dengan beberapa orang ustaz.

“Tetapi sebilangan daripada mereka menggalakkan saya untuk memeluk agama Islam yang mana saya dituntut supaya solat lima waktu, berpuasa dan membayar zakat hingga menyebabkan saya takut dan gusar,” katanya.

Menurutnya lagi, pendekatan bagi orang bukan Islam memeluk agama Islam perlu diubah kerana mereka memerlukan masa untuk mendalami Islam dan mengamalkan cara hidup agama itu dengan sempurna.

“Hati saya bagaimanapun ketika itu masih belum tergerak sepenuhnya untuk memeluk Islam sehinggalah saya berjumpa dengan pendakwah dari Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) cawangan Perak, Ustaz Ali Chin.

“Ustaz Ali sanggup mengorbankan masanya untuk berjumpa dengan saya setiap hari sambil menceritakan soal akidah dan ketuhanan menyebabkan hati ini tersentuh dengan Islam.

“Selain itu, Ustaz Ali turut menceritakan bagaimana Allah mencipta manusia di samping menasihatkan saya belajar secara beransur-ansur untuk memahami Islam,” ujar anak sulung daripada lima beradik itu.

Tidak berani berterus-terang

“Keluarga dapat menghidu hasrat saya untuk memeluk Islam dan langsung tidak bersetuju dengan hasrat saya itu tetapi berkat kesabaran Ustaz Ali berdakwah kepada saya serta hidayah Allah, akhirnya pada bulan Ramadan 1996 semasa berusia 30 tahun saya sah memeluk Islam.

“Tetapi saya sembunyikan perkara itu daripada keluarga. Apabila balik ke rumah keluarga, saya solat secara bersembunyi dan mengamalkan ajaran Islam dengan agak terhad.

“Bagi adik-adik saya, mereka menerima keadaan saya masa itu kerana hormatkan saya sebagai abang sulung. Tetapi saya tidak berani memberitahu ibu dan bapa saya,” katanya yang enggan mendedahkan nama isterinya itu.

Keadaan itu membuat Shah Kirit agak tertekan sehingga pernah terfikir untuk bersolat di bilik mandi rumah keluarganya itu.

“Tidak lama selepas itu, saya mengambil keputusan untuk berkahwin dengan gadis pilihan walaupun tidak dipersetujui keluarga selain memberitahu saya telah menjadi penganut agama Islam.

“Tentunya keluarga agak marah semasa itu tetapi Allah memberikan akal fikiran untuk kita berfikir. Sebelum saya membawa isteri berjumpa keluarga, saya ajar dia serba sedikit bahasa Tamil, memakai baju Punjabi tetapi bertudung, budaya serta makanan orang India.

“Gementar saya sewaktu membawa isteri saya berjumpa keluarga buat pertama kali. Tetapi syukur penerimaan mereka amat baik dan cukup terkejut apabila isteri saya tahu serba sedikit kebudayaan dan cara hidup kami sekeluarga.

“Malah, sepanjang tiga hari berada di rumah keluarga saya, isteri saya dilayan dengan sepenuh kasih sayang sehingga mereka lebih sayangkan dia menyebabkan saya berasa iri hati pula,” katanya diiringi ketawa.

Transformasi hidup

Shah Kirit yang lebih senang mengekalkan nama asalnya kini sibuk dengan undangan berceramah mengenai al-Quran dan sains, wanita dan soal akidah Islam sehingga pernah dalam sehari menerima tiga jemputan berceramah pada waktu yang sama.

“Dulu hidup saya kosong tetapi kini saya hidup semata-mata untuk mencapai keredaan Allah.

“Jika dulu saya menganggap kematian itu satu perkara menakutkan tetapi apabila saya bersungguh-sungguh mempelajari Islam, barulah saya sedar sebenarnya perkara itu akan dilalui semua orang,” tuturnya yang turut menerima jemputan berceramah di Indonesia, Singapura, dan Bangladesh.

Dia juga bersyukur kerana sepanjang berceramah lebih lapan tahun, terdapat beberapa orang peserta ceramahnya yang menganut agama Islam kerana tertarik dengan isi ceramahnya.

“Hidayah itu Allah sendiri yang beri tetapi dalam masa sama kita tidak boleh berdiam diri tanpa berusaha kerana usaha dakwah itu wajib bagi setiap individu Islam.

“Walaupun saya pernah menerima surat layang menuduh saya ingin mengejar pangkat, nama dan glamor seperti penceramah agama terkenal sedia ada, namun saya tidak mempedulikannya,

“Ini kerana saya yakin Islam itu hadir sebagai penyelesaian kepada setiap masalah umat manusia,” bicaranya.

Islam satu kurniaan bukan pilihan

Iman Wan, 37  tahun, Pengarah A&R, penerbit dan penulis lagu yang berkhidmat di New Southern Record (NSR) adalah insan yang terpilih untuk memeluk agama Islam yang suci ini. Tujuh tahun dahulu lelaki berbangsa Cina ini telah mengambil  keputusan memeluk Islam setelah mendapat hidayah  daripada Yang Maha Kuasa. Ikutilah kisah hamba Allah yang bertuah ini.

“ Memang sudah diketahui oleh kaum keluargaku bahawa sejak kecil aku memang takutkan patung. Rasa takut itu kerap terbawa- bawa hingga ke dalam mimpi. Ibu dan ayah pun tidak faham kenapa aku jadi begitu.

Biarpun mereka tahu akan ketakutanku terhadap patung-patung itu, namun orang tua tetap mengajakku melakukan upacara sembahyang bersama mereka. Mereka memujuk malah mereka juga memarahiku. Ketika itu, aku berusia enam tahun. Mungkin kerana masih kecil, orang tuaku berusaha untuk memahirkan diriku dengan agama anutan mereka. Sayangnya aku tidak dapat melakukan apa yang diminta oleh keluarga. Ketakutanku mengatasi segalanya.

Dalam ajaran Kristian, aku difahamkan bahawa Nabi Isa adalah Tuhan, dan baginda juga adalah anak Tuhan. Selain itu, walaupun Tuhan itu satu, ia datang dalam tiga bentuk iaitu The Father, The Son dan The Holy Spirit. Ini menjadikan aku semakin keliru terhadap agama yang aku anuti ini. Malah, apabila aku membayangkan Tuhan, aku akan terbayangkan Nabi Isa melalui lukisan-lukisan di gereja hasil ciptaan manusia itu sendiri.. Ketika itu aku mula tertanya-tanya mengenai kebenaran yang hakiki.

Dalam kekeliruanku itu, aku berusaha mencari kebenaran. Pada ketika inilah, aku mula berkenalan dengan agama Islam. Aku mula menyelidiki tentang agama ini untuk mencari kebenaran. Sebenarnya, aku mempunyai sedikit masalah dalam misi ini. Aku tidak mempunyai kawan dari orang Melayu, Kalau adapun, mereka tidak akan menceritakan keindahan Islam ini. Rakan sepejabatku yang berbangsa Melayu juga kebanyakannya akan mengatakan, “ Ohh…. You mesti buat ini….buat itu…”

Ketika iu aku berfikir, susahnya hendak memeluk agama Islam. Kenapa aku perlu lakukan banyak perkara? Dahulu ketika aku menganut Kristian, senang sangat. Sekarang apabila terbuka hatiku hendak memeluk Islam, susahnya.

Aku tidak puas hati dengan jawapan mereka. Lalu aku teruskan penyelidikan tentang Islam kerana aku mahu memahami apakah sebenarnya Islam itu. Setelah mendalami Islam dan menyelidikinya, aku mendapati ianya tidaklah sesukar mana.

Kita tidak perlu mengambil peperiksaan, tidak perlu mengisi borang. Apa yang perlu kita lakukan  adalah mempercayai  bahawa ALLAH S.W.T. adalah TUHAN yang satu dan Nabi Muhammad itu pesuruh-Nya. Selepas itu kita hanya perlu lafazkan ucapan dua kalimah syahadah. Kemudian, apa yang perlu kita lakukan setelah bergelar seorang muslim adalah meneruskan pembelajaran tentang agama yang baru kita anuti ini.

Ketika menyelidik tentang Islam, barulah aku tahu dan faham persepsi orang asing terhadap Islam adalah salah. Mereka fikir apabila masuk saja Islam kita hendak buat apa pun tidak boleh. Sebenarnya kita boleh melakukan apa yang telah ditetapkan oleh agama kita. Kini barulah aku tahu apa yang membezakan  Islam dan Kristian adalah cara penyampaiannya yang berbeza.

Sesungghnya aku besyukur mendapat petunjuk daripada Yang Maha Esa dan memilihku menjadi salah seorang umat untuk menerima hidayah-Nya.

Masuk Islam-Mukjizat Bulan terbelah

Mungkin sudah pernah dapet, sekedar mengingatkan. ..
BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIIM SUBHANALLAH. ……… MAHA BESAR ALLAH SWT ATAS SEMUA CIPTAANNYA

Allah SWT berfirman: “Sungguh telah dekat hari qiamat, dan bulan pun telah terbelah (Q.S. Al-Qamar: 1)”

Dalam temu wicara di televisi bersama pakar Geologi Muslim, Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar, salah seorang warga Inggris mengajukan pertanyaan kepadanya, apakah ayat dari surat Al-Qamar di atas memiliki kandungan mukjizat secara ilmiah ? Maka Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar menjawabnya sebagai berikut :

Tentang ayat ini, saya akan menceritakan sebuah kisah. Sejak beberapa waktu lalu, saya mempresentasikan di Univ. Cardif, Inggris bagian barat, dan para peserta yang hadir bermacam-macam, ada yang muslim dan ada juga yang bukan muslim. Salah satu tema diskusi waktu itu adalah seputar mukjizat ilmiah dari Al-Qur’an.

Salah seorang pemuda yang beragama muslim pun berdiri dan bertanya, “Wahai Tuan, apakah menurut anda ayat yang berbunyi ‘Telah dekat hari qiamat dan bulan pun telah terbelah’ mengandung mukjizat secara ilmiah?” Maka saya menjawabnya: “Tidak, sebab kehebatan ilmiah dapat diterangkan oleh ilmu pengetahuan, sedangkan mukjizat tidak bisa diterangkan oleh ilmu pengetahuan, sebab ia tidak bisa menjangkaunya. Dan tentang terbelahnya bulan, maka itu adalah mukjizat yang terjadi pada Rasul terakhir Muhammad SAW sebagai pembenaran atas kenabian dan kerasulannya, sebagaimana nabi-nabi sebelumnya. Dan mukjizat yang kelihatan, maka itu disaksikan dan dibenarkan oleh setiap orang yang melihatnya. Andai hal itu tidak termaktub di dalam kitab Allah dan hadits-hadits Rasulullah SAW, maka tentulah kami para muslimin di zaman ini tidak akan mengimani hal itu. Akan tetapi hal itu memang benar termaktub di dalam Al-Qur’an dan sunnah-sunnah Rasulullah shallallahu alaihi wasallam. Dan memang Allah Ta’alaa benar-benar Maha Berkuasa atas segala sesuatu”.

Maka Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar pun mengutip sebuah kisah Rasulullah SAW membelah bulan. Kisah itu adalah di masa sebelum hijrah dari Makkah Al-Mukarramah ke Madinah. Orang-orang musyrik berkata, “Wahai Muhammad, kalau engkau benar Nabi dan Rasul, coba tunjukkan kepada kami satu kehebatan yang bisa membuktikan kenabian dan kerasulanmu(mengejek dan mengolok-olok) ?” Rasulullah bertanya, “Apa yang kalian inginkan ?” Mereka menjawab: “Coba belahlah bulan…” Maka
Rasulullah SAW pun berdiri dan terdiam, lalu berdoa kepada Allah SWT agar menolongnya. Maka Allah SWT memberitahu Muhammad SAW agar mengarahkan telunjuknya ke bulan. Rasulullah pun mengarahkan telunjuknya ke bulan, dan terbelahlah bulan itu dengan sebenar-benarnya. Maka serta-merta orang-orang musyrik pun berujar, “Muhammad, engkau benar-benar telah menyihir kami!”.

Akan tetapi para ahli mengatakan bahwa sihir, memang benar bisa saja “menyihir” orang yang ada di sampingnya akan tetapi tidak bisa menyihir orang yang tidak ada di tempat itu. Mereka lantas menunggu-nunggu orang-orang yang akan pulang dari perjalanan. Orang-orang Quraisy pun bergegas menuju keluar batas kota Mekkah menanti orang yang baru pulang dari perjalanan. Dan ketika datang rombongan yang pertama kali dari perjalanan menuju Makkah, maka orang-orang musyrik pun bertanya, “Apakah kalian melihat sesuatu yang aneh dengan bulan?”. Mereka menjawab, “Ya, benar. Pada suatu malam yang lalu kami melihat bulan terbelah menjadi dua dan saling menjauh masing-masingnya kemudian bersatu kembali…!! !”.

Maka sebagian mereka pun beriman, dan sebagian lainnya lagi tetap kafir (ingkar). Oleh karena itu, Allah menurunkan ayatNya: “Sungguh, telah dekat hari qiamat, dan telah terbelah bulan, dan ketika melihat tanda-tanda kebesaran Kami, merekapun ingkar lagi berpaling seraya berkata, “Ini adalah sihir yang terus-menerus” , dan mereka
mendustakannya, bahkan mengikuti hawa nafsu mereka. Dan setiap urusan benar-benar telah tetap…” sampai akhir surat Al-Qamar.

“Ini adalah kisah nyata”, demikian kata Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar.Dan setelah selesainya Prof. Dr. Zaghlul menyampaikan hadits Nabi tersebut, berdirilah seorang muslim warga Inggris dan memperkenalkan diri seraya berkata, “Aku Daud Musa Pitkhok, ketua Al-Hizb Al-Islamy Inggris. Wahai tuan, bolehkah aku menambahkan? ” Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar menjawab: “Dipersilahkan dengan senang hati.”

Daud Musa Pitkhok berkata, “Aku pernah meneliti agama-agama (sebelum menjadi muslim), maka salah seorang mahasiswa muslim menunjukiku sebuah terjemah makna-makna Al-Qur’an yang mulia. Maka, aku pun berterima kasih kepadanya dan aku membawa terjemah itu pulang ke rumah. Dan ketika aku membuka-buka terjemahan Al-Qur’an itu di rumah, maka surat yang pertama aku buka ternyata Al-Qamar. Dan aku pun membacanya: “Telah dekat hari qiamat dan bulan pun telah
terbelah…” Maka aku pun bergumam: Apakah kalimat ini masuk akal??Apakah mungkin bulan bisa terbelah kemudian bersatu kembali?? Andai benar, kekuatan macam apa yang bisa melakukan hal itu??? Maka, aku pun menghentikan dari membaca ayat-ayat selanjutnya dan aku menyibukkan diri dengan urusan kehidupan sehari-hari. Akan tetapi Allah-lah Yang Maha Tahu tentang tingkat keikhlasan hambaNya dalam pencarian kebenaran.

Maka aku pun suatu hari duduk di depan televisi Inggris. Saat itu ada sebuah diskusi hangat antara presenter seorang Inggris dan 3 orang pakar ruang angkasa AS. Ketiga pakar antariksa tersebut pun menceritakan tentang dana yang begitu besar dalam rangka melakukan perjalanan ke antariksa. Dan diantara diskusi tersebut adalah tentang turunnya angkawasan menjejakkan kakiknya di bulan, di mana perjalanan antariksa ke bulan tersebut telah menghabiskan dana tidak kurang dari 100 juta dollar. Mendengar hal itu, presenter terperangah kaget dan berkata, “Kebodohan macam apalagi ini, dana begitu besar dibuang oleh AS hanya untuk bisa mendarat di bulan?”
Mereka pun menjawab, “Tidak, …!!!Tujuannya tidak semata menancapkan ilmu pengetahuan AS di bulan,akan tetapi kami mempelajari kandungan yang ada di dalam bulan itu sendiri, maka kami pun telah mendapat hakikat tentang bulan itu,yang jika kita berikan dana lebih dari 100 juta dollar untuk kesenangan manusia, maka kami tidak akan memberikan dana itu kepada siapapun. Maka presenter itu pun bertanya, “Hakikat apa yang kalian telah capai sehingga demikian mahal taruhannya?” Mereka menjawab, “Ternyata bulan pernah mengalami pembelahan di suatu hari dahulu kala, kemudian menyatu kembali.!!!” Presenter pun bertanya, “Bagaimana kalian bisa yakin akan hal itu?” Mereka menjawab,”Kami mendapati secara pasti dari batuan-batuan yang terpisah terpotong di permukaan bulan sampai di dalam (perut) bulan. Maka kami pun meminta para pakar geologi untuk menelitinya, dan mereka mengatakan, “Hal ini tidak mungkin telah terjadi kecuali jika memang bulan pernah terbelah lalu bersatu kembali”.Mendengar paparan itu, ketua Al-Hizb Al-Islamy Inggris mengatakan, “Maka aku pun turun dari kursi dan berkata, “Mukjizat(kehebatan) benar-benar telah terjadi pada diri Muhammad SAW 1400-an tahun yang lalu. Allah benar- benar telah mengolok-olok AS untuk mengeluarkan dana yang begitu
besar, 100 juta dollar lebih, hanya untuk menetapkan akan kebenaran muslimin!!!” .

Maka, agama Islam ini tidak mungkin salah… (aku pun tergumam), “Maka, aku pun membuka kembali Mushhaf Al-Qur’an dan aku baca surat Al-Qamar, dan… saat itu adalah awal aku menerima dan masuk Islam.

Diterjemahkan oleh: Abu Muhammad ibn Shadiq

ISLAM ADALAH RAHMATAN LIL’AALAMIIN

Sebarkan kepada kaum muslimin dan muslimat yg anda kenal… Sungguh suatu pencarahan yg bermanfaat bagi kita semua… Alhamdulillah.

Pengakuan Paderi Melayu

Semoga Allah menjauhi kita dari bala bencana…!!!

Nama saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph. Saya dilahirkan di Kedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang India Muslim dan mak saya orang Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke India dan emak saya berada di Kedah,   Pondok Kg Pisang.  Pada 1970 saya telah pergi ke Johor Bahru untuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawan tetapi gagal. Saya terpaksa tidur di stesen keretapi. Saya telah bertemu dengan seorang paderi bernama Father Chong. Kami diberi layanan istimewa, tempat tinggal, makan dan minum dan tinggal selama 2 tahun. Kami diajar sembahyang dalam bahasa Inggeris.

Pada satu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu dengan seorang paderi besar di Malaysia, dari Kuala Lumpur bernama Kamaruddin Hj Ahmad. Beliau telah membawa saya tinggal di seksyen 14, Jalan Gasing, Petaling Jaya. Kami belajar selok belok agama Kristian di Gereja Jalan Gasing dan dibina khas! untuk orang Melayu beragama Islam (ada hingga sekarang).Setelah satu tahun saya tinggal disana, saya telah dihantar ke Indonesia selama 6 bulan, belajar cara-cara untuk sembahyang orang mati, talkinkan orang dan macam-macam lagi dalam Bahasa Malaysia. Saya belajar sekali dengan Ibu Tien Suharto yang menjadi pemimpin Agong Wanita Kristian seluruh Asia dan Bendahari Agong wanita Kristian seluruh Indonesia. Saya pulang ke Malaysia, kemudian dilantik sebagai pendakwah dari Perlis hingga ke Johor Bahru. Oleh kerana saya aktif di gereja, saya dihantar pula ke Filipina selama 1 bulan, belajar selok belok Kristian dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia kerana terdapat orang Malaysia,Singapura dan orang Filipina.

Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai pendakwah dibayar $60.00 sehari,  kenderaan percuma, seramai 6 orang. Selepas itu dihantar ke Singapura selama 1 bulan di Port Carzy bersama En Aziz orang Telok Intan. Beliau ! adalah Setiausha Agong Persatuan Melayu Kristian Singapura. Beliau juga adalah bekas Tentera Udara Di Raja dan berhenti memegang jawatan setiausha agong Kristian Singapore. Apabila dilantik ke gereja saya masih lagi ketua dakwah bersama 6 orang kawan. Saya dihantar ke Baptish Church di Ipoh, dibekalkan duit $1,400.00, bersama 2 orang kawan dan sebuah kereta untuk mengkristiankan pelajar-pelajar dan pemuda-pemuda Negeri Perak.

Pada bulan Januari saya berasa tak tenteram dan telah bertemu dengan Tuan Ibrahim, Kadi daerah Ipoh dan membawa saya bertemu Mufti Negeri Perak dan En Azlan, Pengarah Jabatan Agama dan saya terus bertaubat. Jumlah Kristian seramai 3,000 orang telah dikristiankan, terutama penduduk Negeri Perak dan Johor Bahru, Manjoi dan Rapat Setia (Perak).

Cara hendak mengenali mereka Lelaki – Berseluar hitam, berbaju putih, bertali leher hitam, bawa beg James Bond (elaun satu hari $60.00). Perempuan – Berbaju putih skirt hitam dan reben hitam. Di Kuala Lumpur – Daya Bumi, Kota Raya dan Sg Wang Plaza. Cara-cara berdakwah:

Mereka akan menemubual, tanya asal terutama pencari kerja. Pendakwah akan belanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal(asrama 120 katil, makan disediakan) didakwah dengan kaset, cara perlahan-lahan diajak sembahyang dengan diberi satu cross selepas dibawa sembahyang akan diberi sejenis air hitam (holy water). Setelah diberi minum-1 minggu lidah menjadi hitam, tidak boleh mengucap dan mendengar azan macam menutup telinga hal dakwah Islam tidak mahu. Air itu khusus untuk orang Islam sahaja. Kewangan gereja $12.6 juta, sumber dari Sabah, Serawak , Filipina dan Singapura. Motorola adalah penyokong dakwah Kristian ini (terletak di Petaling Jaya, Pulau Pinang dan Senawang). Senawang terlibat seramai 200 orang, ketua di Senawang, Haji Hanapi Saat dan Hj Ismail orang Sungai Petani Kedah. Haji Hanapi bekas guru – akibat desakan hidup terpengaruh dengan Kristian. Sekolah yang paling teruk dilanda Kristian ialah Victoria Institution. Pengetuanya En Ismail Rahim. 20 orang telah Kristian-susah untuk diberi nasihat kerana kebanyakannya anak menteri dan datuk-datuk. Di Ipoh Sekolah Tengku Abd Rahman (STAR)- 2 orang Sekolah Teknik seorang pelajar perempuan (bersalib) telah bertaubat, bila saya tanya, katanya untuk main-main saja, akhirnya dia bertaubat. Banting Kamariah bt Sidek – lepasan sekolah ditarik oleh seorang guru Cina pendakwah Cina dibayar $165.00 sehari) En Salleh Omar yang menawarkan cek sebanyak $10 juta kepada Yusof Noor untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana tersebar di akhbar) 1982. Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku Khursiah, Seremban balik ke Nibong

Tebal, accident motor, didalam tudungnya ada salib. Punca terjebak dalam Kristian:

1. Desakan hidup

2. Kurang agama

3. Beliau telah dapat menarik semula 300-400 orang kepada Kristian.

Beliau sekarang bekerja dengan Badan Kebajikan Islam Perak. Beliau mendedahkan juga matlamat 1990 untuk menawan satu Malaysia   /   Brunei kepada Kristian. Padri Besar di Malaysia ialah Kamaruddin Hj Ahmad. Pairin Ketingan adalah penaungnya dan saya sebagai timbalan padri itu. Beliau telah dihantar ke Melaka (masjid paling banyak). Beliau pergi setiap masjid bertanya imam dan bilal untuk membuat kajian mengapa umat Islam malas ke masjid. Selepas mesyuarat 3 hari saya hantar 6 orang pendakwah, tidak sampai sebulan 400 orang telah masuk Kristian di Melaka. Target Kristian: Pemuda yang tidak faham agama, ada yang tidak tahu Fatihah dan dengan rock-pameran di kapal-kapal.

Cara untuk masuk Kristian, mereka perlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi ke mahkamah di Selangor, Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah. Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar (! sukar nak dikesan)   Beliau beri penerangan kepada :

1. Polis Bukit Aman

2. Pusat Islam (untuk menyedarkan umat Islam)

3. Bila dibaca kitab tidak akan terpengaruh dengan Kristian ini.

Seorang bekas padri Abd Rahman Yaakob (Pengarah Anti Dadah,Batu Gajah) pernah menjadi padri selama 23 tahun. En Abd Rahman adalah berdakwah di dalam bahasa Inggeris. Beliau sebagai padri dikenakan 4 syarat  :

1. Tidak boleh hisap rokok

2. Tidak boleh minum arak

3. Tidak boleh makan benda-benda berdarah

4. Tidak boleh kahwin.

Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua padri Indonesia) bapak Bruto yang menyediakan air ini. Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah disiasat dan mereka ada lesen. Ketua padri Kamaruddin Hj Ahmad. Dalam pada berdakwah Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh dimasuk Kristian iaitu, Kelantan, Kedah dan Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patah tangan.

PENGUMUMAN – HARAP DISAMPAIKAN! KPD ORANG ISLAM KITA

“Sebarkanlah walau satu ayat pun” (Sabda Rasulullah SAW) “Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni  bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.” (Surah Al-Ahzab:71)