Bunyi Berdesing di Telinga (Tinnitus)

Pengenalan

Telinga berdesing atau lebih dikenali sebagai “tinnitus” adalah keadaan di mana seseorang mendengar bunyi berdesing di dalam kepala dalam keadaan yang tidak ada apa apa punca bunyi disekelilingnya .

Bunyi selalunya dikaitkan dengan berdesing tetapi kadang kadang bunyi mengaum, berdetik atau bunyi degupan jantung juga dikaitkan dengannya. Ia mungkin melibatkan satu atau kedua-dua telinga. Tinnitus mungkin merupakan satu satunya gejala penyakit yang ada pada seseorang yang menggugat tahap kesihatan seseorang.

Satu pertiga populasi mungkin mengalami masalah tinnitus pada satu ketika dalam hayat mereka. Kualiti hidup boleh terjejas akibat masalah ini. Kadar masalah tinnitus adalah tinggi pada usia 40-70 tahun dan lebih melibatkan kaum lelaki.
Tanda dan Gejala

Tinnitus adalah gejala penyakit dan bukannya sejenis penyakit.

Ia boleh melibatkan satu atau kedua dua telinga.

Bunyinya boleh dikaitkan dengan mengikut denyutan jantung/ tidak mengikut denyutan jantung.

Gejala tinnitus ini mungkin sekejap atau lama dan boleh jadi berterusan atau berulang ulang

Gejala gejala berkaitan:
* kurang pendengaran
* sakit kepala
* pening kepala(vertigo)

Sebab-sebab

Ada beberapa punca tinnitus yang diketahui tetapi dalam kebanyakan kes, punca utama gagal dikenalpasti

Antara punca-punca yang dikenalpasti:
* Saluran darah tidak normal
* Saluran Eustachian yang gagal berfungsi (saluran yang menghubungkan hidung ke telinga tengah untuk mengimbangkan tekanan)* Masalah masalah telinga seperti; tahi telinga keras dan tersumbat, jangkitan telinga tengah kronik, otosclerosis, presbyacusis (masalah pendengaran disebabkan oleh faktor usia), masalah pendengaran disebabkan bunyi bising
* Kecederaan kepala
* Pendedahan telinga kepada bunyi bising yang kuat
* Ubat ubatan ( ubat penahan sakit, antibiotik)
* Tumor dalam telinga dalam ( acoustic neuroma)
* Faktor psikologi seperti kemurungan, tertekan dan keresahan
* Tekanan darah tinggi dan atherosclerosis
* Angin ahmar
* Kekurangan sel darah merah serta buah pinggang yang tidak berfungsi.

Dalam kebanyakan kes, tinnitus adalah disebabkan oleh pengumpulan faktor faktor di atas

Gejala-gejala di bawah memerlukan perhatian serius:

* Tinnitus yang berterusan mungkin tanda awal tumor di telinga tengah atau otak
* Tinnitus yang bunyinya seperti denyutan jantung di satu telinga mungkin tanda awal penyakit yang serius .
* Tinnitus yang bertambah teruk atau pun disertai oleh gejala-gejala lain

Komplikasi
* Seseorang yang mengalami masalah tinnitus yang teruk mungkin menghadapi masalah pendengaran, kerja dan tidur
* Ada yang menghadapi masalah psikologi yang serius

Rawatan

Rawatan tinnitus selalunya tidak berkesan sepenuhnya disebabkan punca punca tinnitus tidak dapat di fahami sepenuhnya

Telinga dan masalah perubatan lain harus diberikan rawatan sewajarnya dengan ubat atau pembedahan.

* Ubat-ubatan
Ubat-ubatan yang didapati berkesan dalam rawatan tinnitus adalah yang ubat yang digunakan untuk menghilangkan keresahan, ubat penenang serta ubat yang dapat memperbaiki kualiti tidur.

* “Masking”
o Alat bantu dengar untuk sesiapa yang mempunyai masalah pendengaran
o Tinnitus “masker” untuk sesiapa yang mempunyai masalah pendengaran / pendengaran normal
o Alat tinnitus; kombinasi alat-alat di atas (rawatan ini di berikan oleh pakar pemulihan pendengaran(audiologist)

* Pembedahan tidak dapat membantu menghilangkan tinnitus buat masa ini

Pencegahan

* Bunyi bunyi yang lembut boleh mengurangkan bunyi yang berkaitan dengan tinnitus. Pesakit boleh mendengar bunyi tersebut untuk beberapa jam sehingga terlelap
* Elakkan mengambil kopi, teh, coklat, cola, alkohol, atau produk yang mengandungi kaffeine
* Elakkan merokok
* Elakkan ubat ubatan yang menyebabkan tinnitus seperti aspirin /NSAIDs .Aspirin boleh menyebabkan tinnitus bertambah teruk dalam sesetengah orang.
* Elakkan mengambil ubat yang boleh menyebabkan kerosakan pada sistem pendengaran kecuali jika terpaksa atau tidak ada alternatif lain.
* Jangan dedahkan diri kepada bunyi bising
* Tekanan perasaan didapati boleh menyebabkan pertambahan bunyi tinnitus. Oleh itu cuba kawal perasaan anda dan tumpukan perhatian anda daripada memikirkan tentang tinnitus. Cara ini mungkin boleh membantu.

19 Responses to “Bunyi Berdesing di Telinga (Tinnitus)”

  1. susanto Says:

    coba lah bergabung bagi pegalaman tinnitus

  2. susanto Says:

    coba lah bergabung bagi pegalaman tinnitus,/www.facebook.com/home.php?#!/group.php?gid=127153457943

  3. nuhazhafirah Says:

    saya mengalami gejala tinnitus buat kali pertama. jika masalah ini tidak berulang, adakah ia bermaksud penyakit saya ini tidak serius?

  4. Rabaya Muhamad Says:

    saya mengalami tinnitus sejak mei tahun lalu…. sehingga hari ini. bunyi berdesing d dalam telinga sentiasa saya dengar kecuali klu saya dah terlena…..

    • madness Says:

      sama saya juga tetapi ia lebih kuat pada tempat sunyi dan kekadang ia meninggi dan merendah. eeeeeeeeeee berterusan

      • buntu Says:

        ada ka cara berubat… ??? saya pn mengalami tinnitus… semakin hari semakin takut.. takut dan risau jadi pekak… kalau ada tempat untuk berubat tolong bagi tau… saya tak mau benda ni berterusan….

    • ainz Says:

      saya pun sama..bru dalm awl tahun ni..mmg stress la…tp kna cba gak psiko sndri..

  5. zek Says:

    telinga bedesing dsebabkan punca daripada demam.. adakah masalah ini dapat di ubati???

  6. yakub Says:

    saya menghidapi tinnitus. Telinga saya berdesing. Desingannya on n off. ada masa anggaran 2 atu tiga jam, Hari ini telinga bersesing selepas subuh hingga artikel ini ditulis, Sudah 3 doktor pakar dan hospital besar seremban. Masalah ini belum pulih sepenuhnya. Saya masih makan ubt-ubat yd diberi oleh doktor pakar. Saya nak tahu tahap tinnitus yang saya hadapi ini

  7. yakub Says:

    saya menghidapi tinnitus. Telinga saya berdesing. Desingannya on n off. ada masa anggaran 2 atau tiga jam, Hari ini telinga berdesing selepas subuh hingga artikel ini ditulis, Sudah saya rujuk 3 doktor pakar dan hospital besar seremban. Masalah ini belum pulih sepenuhnya. Saya masih makan ubat-ubatan yg diberi oleh doktor pakar. Saya nak tahu tahap tinnitus yang saya hadapi ini

  8. buntu Says:

    setiap hari, jam, minit dan saat telinga saya berdesing……………….. saya amat terganggu dengan masalah ini.. sejak dari umur 18 sehinggakan saya sudah berumur 22 tahun.. bermakna sudah 4 tahun…. saya berasa takut untuk berjumpa pakar… adakah saya akan menjadi ‘pekak’??? saya selalu berdoa agar Allah melindungi sya daripada sebarang penyakit….

  9. orlylove Says:

    ISYARAT TELINGA BERDESING / BERDENGUNG
    Menurut riwayat Ibnu Sunni, bahawa NABI MUHAMMAD s.a.w bersabda
    “Barang siapa berdesing telinganya hendaklah ia mengingatiku dan berselawatlah kepada aku.Selepas itu hendaklah ia berzikir dengan zikir ZAKARALLAHU MAN ZAKARNI BI KHAIR”
    (Rujuk Al-Azakar: 133)

    Kejadian telinga berdesing memang sering terjadi sebab itu NABI MUHAMMAD s.a.w mengingatkan kepada sesiapa yang telinganya berdesing atau berdengung supaya berselawat kepadanya dan membaca doa : ZAKARALLAHU MAN ZAKARNI BI KHAIR yang bermaksud “ALLAH s.w.t mengingatkan orang yang mengingati aku dengan kebaikkan.”

    Kalau berdasarkan keterangan di atas dapatlah kita fahami bahawa kejadian telinga berdesing merupakan suatu isyarat dan peringatan dari ALLAH s.w.t kepada sesiapa yang dikehendakiNYA.Apakah isyarat dan peringatan yang hendak disampaikan oleh ALLAH s.w.t, itu tidak dapat kita kenal pasti kecuali bagi orang yang sentiasa mengamati dengan pengalamannya.

  10. Etuza Says:

    subahanalah, zararullahu man zakarni bi khair

  11. radi0304 Says:

    aslkm sahabat semua..saya juga menghadapi masalh tinitus hampir 2 tahun..bleh tak kita kongsi pengalaman sama2..

  12. Aisha Says:

    MasyaAllah, sy baru sahaja menghadapi masalah telinga berdesing ini, semuanya bermula semasa saya batuk dan selsema teruk…sy risau dgn keadaan ini

  13. zana Says:

    Sye pun mengalami masalah telinga berdesing..sebelum sakit ni,sye demam,batuk dn selesema..pas 2 ari demam,sye bgun tdo je saye rase telinga sye ni xmcm biase..rase berdesing..pastu terase sakit ckit..sye ingatkn sekejap je..ni da 3 ari..berdesing tanpa henti..sye akui sye xberape selesa..smpai kn org ckp pun kne ulang 2 3 kali..ye g jmpe dktr,tapi dktr check xde ape2 pun..kaye nye mgkin i sbb kn sye ni selesema..tapi bila selesema da ok,bunyi berdesing 2 masih ade..xtau nak wat camne da..sye rase risau bile sye ade bace yg itu tanda2 kite nak meninggal..sye takut..ape yg perlu sye wat kawan2??

  14. Savin Says:

    Hii saudara-saudari sekalian,
    Saya juga mengalami seperti anda semua,saya sudah membuat research tentang masalah ini,dah the last and only solution yang saya dapat lihat berkesan adalah soundtherapyintenational,kalau nak tahu lebih boleh add saya di fb atau email.Savin smith fb saya,saya bukan buat perniaga ok,saya hanya membantu anda,saya tidak suka buat business guna perubatan sebab kita semua mempunyai hak untuk disembuh daripada penyakit dengan izin tuhan.sekian.

  15. Hardi Says:

    saya tidak tau terkena tinitus atau tidak…
    yg pastinya saya mengalami gejala ini sejak lahir (suara dengung/bising)
    pendengaran saya normal,akantetapi saya sering mengalami susah tdur,gelisah tak menentu,dan mudah sakit kepala…
    bunyi berdesing sllu ketika di tmpt sunyi,kadang membesar dan kadang mengombak ombak…
    hal itu sering terjadi..
    apakah saya terkena penyakit tinitus atau tidak??


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 31 other followers

%d bloggers like this: